Isnin, 31 Ogos 2009

The Best Resepi Kuih Raya


Try this delicious cookie... selamat mencuba
Mocha Crips Cookies



















bahan-bahan
Bahan A
200gm Butter
150g Gula Icing
1biji kuning telur
1 Sudu the Kopi emuko
50gm susu tepung
20gm tepung gandum
Bahan B
150 gm koko crunch ( pecahkan)
50 gm Badam cingcang
50gm Black current
50 gm Ceri merah & hijau
chocolate dot ( utk hiasan)
Cara-caranya
1. pukul butter dan gula hingga mengembang putih gebu.
2. masukkan dan gaul rata bahan : kuning telur, kopi emuko, susu tepung,tepung jagung,tepung gandum.
3.masukkan bahan-banan B, dan perapkan didlm peti sejuk selama 2 jam.
4. makukkan dlm cups cumel dan hias dengan chocolate dot.
5. bakar dlm oven 160 darjah selama 15-20 min
Cornflakes madu (resepi dr cornflakes)

















bahan-bahan

Bahan A
100gm margerin
5 sudu madu
1 sudu essen vanilla
Bahan B
4 cawan cornflakes
200 gm badam cingcang
100 gm gajus cincang
100gm kismis
gula manik utk hiasan
cara-caranya
1. panaskan bahan A dengan api sederhana sehingga sebati
2. masukkan bahan2 B , dan gaul rata.
3. msukkan bahan tadi ke dalam cup kuih
4. bakar dlm oven 160 selama 15 min, sejukkan dan bleh disimpan dlm balang.

Ahad, 30 Ogos 2009

Buah hati bagi hadiah yg terpaling best….


perasaan teruja dan exited sangat bila si dia bagi siti present benda yg siti idam-idamkan, siap bg dark choc lagi (-__-)
Men are from Mars , Women are from Venus…… Seorg rakan tlh recommend this books, siti pun pernah bca siket, mmg best la. Tu lah yg dah lama termimpi2 nk beli, tup2 dapat hadiah,mesti lah sangat hepi . Lelaki dan wanita mmg berbeza, First page pun dah wat siti tersentuh, bak kata PM.Kamel (my lecture) bila baca tu bleh menitik air mata…. everyone should read this book.

Sabtu, 29 Ogos 2009

shopping again


Going shopping with angah, beli brang tuk wat kuih raya ( hehe.. Xde maknenye . Kuih puasa) . Dapat rezeki lebih, belikan 2 family jajan2 wat ngonyeh-ngonyeh… mcm kembar je sume sbb beli couple (-__-)

Jumaat, 28 Ogos 2009

Very buzy day


hari ni pg ke klang dgn harapan nk cash cheque standart charted, rupenye bleh masukkan kat mana2 bank.. Huhu waduh2 bikin pusing aja… Dlm hari yg sama jugak pergi chek biasiswa dah msuk blum. Transfer, byar bill dll. Alhamdulilah semua urusan selesai .

hari-hari siti



seperti biasa kelas, rehat di library, then ke kelas semula... begitu la ari-ari

Isnin, 24 Ogos 2009

Salam Ramadhan

Selamat Mejalani Ibadah puasa kepada seluruh umat Islam didunia.
Terutamanya Rakan2 blog yg siti kasihi,
Mari lah kte perbanyakkan amalan dibulan yg mulia ini.

Ahad, 23 Ogos 2009

Berpuasa bersama parents di segamat

disebab kan housemate siti balik, dan parents pun nk balik KG. so ajak diowg teman di segamat...Alhamdulilah dapat jugak first day puasa, sahur dan buke dgn family..



first day pose... ramai gile manusia2 di bazar ni... siti prefer bazaar kat paya pulai dari kat sini.. makanan lebih sedap2 dan harga pun bleh tahan.. kat bandar ni sesak abeh...huhu


sesi Aiman perhabeh cupcakes die... hehe :P

malam tu satu family gie men bowling.... sesi regangan selepas perut kerkejut akibat kekenyangan ...





Sabtu, 22 Ogos 2009

Selamat Berpuasa


best dapat trawih dgn kwn2 kat sini ari ni . Yg lagi best esok my parents datang sini.. dan aiman (adik siti) pun ada.. dah alang2 tu siti watkan la cupcakes wat adik sorang ni...
kepada kenkwan semua selamat menjalani ibadah puasa ye...

Ahad, 16 Ogos 2009

Final year... minggu2 dipenuhi dengan menghadiri seminar

siti with nice friends( opss perasan x tudung sama?)


yup... dah final year, insyallah sem depan wat latihan industri..
akhir2 ni setiap minggu ada seminar yg menyiapkan diri untuk melangkah ke alam pekerjaan...
tapi kalau dah last mint bru nk bagi tau tu mcm dah jadi beban pulak kan?...

Khamis, 13 Ogos 2009

my day and cupcakes




hari ni lovely cupcakes dapt tempahan mengejut, huhu nasib nek la esok xde kelas...bleh la kteowg tolong jugak la sebab adik wing...
membuat frosting je makan masa hampir 2 jam... memang la berwarna-warni tangan siti pas wat benda2 ni... pepun hope customer puas hati :P

Rabu, 12 Ogos 2009

Baby jojo dah besar...


ni gambar2 terbaru anak2 kiki dan jojo, huhu x sabar nk balik rumah nk tgok hamster2 ni... ari2 siti men2 dgn kiki je kat sini..

Ahad, 9 Ogos 2009

Memulakan Perniagaan di UiTM Segamat...

Dear friends,

Siti dan 2 orang rakan telah memulakan perniagaan cupcakes di area bandar Segamat dan di UiTM segamat Khususnya... alhamdulilah permulaan ini mendapat sambutan hangat. Kepada rakan2 blog yg berada di kawasan berdekatan,, blh lah wat tempahan "lovely cupcakes"

Sabtu, 8 Ogos 2009

Pelajar UiTM Meninggal akibat H1N1

Pelajar UiTM Segamat Johor, yg sudah koma beberapa hari sebelum ini menghembuskan nafas terakhir malam semalam. Beliau yang sememangnya berasal dari Segamat selamat dikebumikan pagi tadi. UiTM menghantar dua bas untuk sembahyang jenazah. Dikabarkan jenazah terpaksa dibungkus dengan plastik sebelum dikapankan utk mengelakkan penyebaran virus.. huhu sedih mendengarnya.... mari kte sedekahkan al-fatihah utk beliau...

Rabu, 5 Ogos 2009

Pelajar UiTM bertopeng ke kelas



Hari ni pihak UiTm telah mengedarkan 3000 mask secara percuma kepada pelajar dan kakitangan. Terbukti H1N1 membari kesan yg sangat hebat pada semua warga. Beberapa orang pelajar sudah disahkan positive H1N1 dan ramai menjadi suspect, dalam masa yg sama salah seorang pelajar perempuan telah berada dalam keadaan kritikal dan nazak. Beliau sudah koma 2 hari lepas, dan mengalamai masalah paru-paru ketika ini. Rakan-rakan dan pensyarah beliau sudah dikurantin di rumah masing2.


Hehe skema siket ari ni…. Huhu sangat dasat la benda ni semoga kita semua selamat… amin

Isnin, 3 Ogos 2009

wat cupcakes dgn housemate






siti,shena&hanisah......
maka siap lah cupcakes ini
utk jiran rumah sewa kami yg bru dpt baby
name baby tu lukman, cumel je tido. kami nk balik pulak dia nanges2 .




















alamak siti bru blajar wat huruf2 ni, xberape nk cntik la...kena bnyk improve lagi ni

Ahad, 2 Ogos 2009

hamster berusia 2 minggu




semalam genap usia anak jojo 2 minggu,
-dah bukak mate
-dah bleh jalan n lari
-dah pandai makan
-dah pandai men(--_) wheel huhu x padan kecik
-dah pandai jerit2

Sabtu, 1 Ogos 2009

Cabaran 100 plus..


akhirnya setelah sebulan hantar borang dan bukti pembelian (penutup yg trtulis 100), hari ni dapat ckeque RM100.hehe gumbira2
Huhu bebrapa hari ni internet terlalu lembab sampai x bleh bukuk YM..