Selasa, 31 Mac 2009
Colourful Casual
Isnin, 30 Mac 2009
Miss my brother
Ahad, 29 Mac 2009
Hobi mengambil gambar
Kalau dulu siti satu kelas dengan ema(ema pun melayankan ),hampir setiap hari kami ambil bersama2 (huhu rindunye). Sem lepas dengan era, sem ni ditambah dengan eifa.. .
Dicatat oleh Siti di 9:11 PG 0 ulasan
Label: Photo Snap
Sabtu, 28 Mac 2009
Mari masak-memasak
Paling best masa makan ramai2, perut pun dah lapar ape lagi balun la.. sampai bertambah2. Pengalaman memasak bersama kawan2 memang seronok.. tapi kadang2 tu ada jugak yang xreti2 dan faham2 sendiri utk mengemas..
Dicatat oleh Siti di 7:07 PTG 0 ulasan
Label: cheft Amature
Housemate terbaik saya
Hidup siti hepi sangat, dikelilingi dengan orang2 yang hebat2 dan cumel2 ni...yaa housemate siti (anis,era,eifa,shena,haizum,ayu). Kawan2 saya ni sume simple2 je.. tapi setiap seorang mempunya kelebihan masing2. Dan apabila kami bergabung makajadilah gabungan terhebat :P
Lima dari kami adalah satu kelas oleh itu kami memang selalu besama2, kami selalunya didalam satu group .. minggu hadapan group kami akan present mengenai IRTI. Hope semuanya berjalan lancar nanti... chayok2!
Wangi-wangian
Saya suke semua yang wangi2, bersih2,cantik2..dulu siti suke kumpul perfume, tapi bila da buzy2 ni (kununye hehe) pakai je la ape yang ada.. kalau dulu siti suke pakai perfume ikut mood siti pada hari itu.. kalau hepi lain,debar2 lain,sedih lain... bagi siti bau ni ada sentimental value. Bila kita bau sesuatu, kita akan ingat peristiwa yg pernah berlaku dalam hidup kita.
ANUGERAH NAIB CANSELOR
Semenjak itu saya berazam untuk berlajar bersungguh-sungguh kelak. Siti sambung pengajian diperingkat diploma dengan mengambil cos yang siti minati. Berlajar di Universiti banyak membuka mata dan minda siti, dengan suasana baru,kawan2 baru,cara hidup baru.. inilah saat dan ketikanya utk saya buktikan saya boleh berjaya!!!!!!!(chewah).
Tiga tahun hidup sebagai pelajar sepenuh masa , memang agak mencabar.Dalam tempoh itu kadang2 siti ibarat sudah berputus asa dan tidak terdaya, siti percaya Tuhan sayang pada hambanya.. siti doa banyak2mintak pertolongan dari-Nya. . Suka duka,pahit getir dilalui dengan sokongan kedua ibubapa yang banyak membantu (terima kasih buat mak dgn EBak) Akhirnya siti dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang. Alhamdulilah..syukur.
Penerima Anugerah Naib Canselor : Siti Soleha Bt Md Salleh
(Hanya tuhan yang tahu perasaan siti masa itu, terima kasih Allah..)
Ahad, 22 Mac 2009
The moment that i will always remember
15.05.2008 : Pada umur siti 21 satu tahun, siti sambut ulang tahun kelahiran di jogja Indonesia. Sesuatu yg tidak boleh dilupakan apabila rakan2 dari malaysia dan indonesia menyambut Birthday siti tanpa pengetahuan. Kira mcm surprise la... hari ni birthday salah seorang rakan rumah kami (era), siti dan rakan2 buat kejutan buat beliau..
setahun yang lalu..
heppy birthday era
Rabu, 11 Mac 2009
Isnin, 9 Mac 2009
Bas oh Bas
Sebenarnya banyak kebaikkan belajar jauh-jauh ni. Selain berdikari kita akan menjadi lebih matang,berani dan lebih tarbuka. Bagi yang jarang naik pengankutan awam (Bas,train) inilah masanya utk kita berlajar. Pada awalnya memang lah bnyak yg merungsingkan dan menggerunkan kerana kita x biasa, ttp ia akan menjadi mudah apabila sudah membiasakan diri.
Siti akui sendiri, awal2 dulu siti kekok nak naik bas,apatah lagi naik seorang diri, cerita2 orang ramai ttg ramai penyeluk saku , pencuri, dan penculik di Pudu juga menambahkan ketakutan di hati ini. Tetapi kita harus beranikan diri, kalau takut je sampai bila2 pun x jadi ape, malah merugikan diri.
Hari ini siti dan adik (angah berlajar di tangkak) pulang ke Segamat menaiki bas SE Super dari terminal bas Klang Sentral. Bas ini mengambil penumpang dari Klang,S.Alam dan Pudu menjadikan perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 3jam 45min menjadi 5 jam ( huhu mungkin pemandu ini terlalu berhati2).Memang lah pepatah mengatakan” biar lambat asal selamat”, tetapi kalau terlampau lambat sangat pun susah jaugak. Apa pun siti selamat sampai kedestinasi. Alha
mdulilah.Cinta Dalam Hati
Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain. JAdi bukalah pintu hati kita, benarkan orang yang kita sayangi masuk,jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati(instinct).
Sabtu, 7 Mac 2009
Memasak itu satu seni

Memasak? Haha hobi baru ke?.. kalau dulu semasa sekolah siti sangat jarang memasak, menu yg siti tahu hanyalah limit kepada (nasi goreng,telur goreng, masak nasi dan masak air hehehe). Bermula mengambil pelajaran ERT di SMK Pasir Gudang 1, siti cube2 masuk pertandingan memasak bersama best friends kerana diajak oleh guru feveret kami. Haha surprise2 dapat tempat pertama dan melayakakan siti mewakili sekolah dalam pertandingan memasak anjuran meggi.Mmg seronok pengalaman masa tu, dapat pulak cikgu Zaleha yg berdidikasi dan bersemangat tinggi, kami Berjaya meraih tempat ke3 diperingat daerah.
Pengalam pertama membawa siti dan rakan (hidayati ) utk memasuki pertandingan memasak terbuka di Pasir Gudang.Menu Yang siti ingat adalah nasi goreng turki,ayam masak merah, 2 lagi hidangan lauk dan desert. Kami di adili oleh cheft ismail dan turut memeriahkan majlis pelakon jaafar Onn dan Rosnah Mat Aris. Hehe yang siti x bleh lupe adalah selesai pengadilan pertandingan kami diserbu oleh org ramai yg ingin merasa masakan peserta2.. huuhuu abis sume pingan mangkuk diangkut kesana-sini, siti dan kawan terpaksa berkejer-kejaran mencari semula barang2 kami kerana kebanyakan dipinjam dr Sekolah.
Baru-baru ni siti rajin mencuba resepi dari internet, selain mudah, banyak pilihan, jimat (xperlu beli buku resepi or majalah) yg palig best komen2 org ramai dan laporan masakan yang diberi membuat kita lebih faham dan Konfident nak mencuba sesuatu resepi baru. Kebanyakan resepi yang siti cube memang sedap dan menjadi. Antara laman yang menjadi feveret siti : http://www.myresipi.com , http://resepi.iluvislam.com ,http://iresepi.com
Jalan Tengku Abdul Rahman
Jalan Tengku Abd Rahman (TAR) , menawarkan pelbagi barangan seperti butik2,gedung2 pakaian,pemborong2 . Apa yg menariknya disini selain menjanjikan pelbagai pilihan fashion terbaru anda berpeluang utk tawar-menawar harga. Contohnya fabrik bju kurung yg kebiasaannya dijual dengan harga RM80, disini anda boleh menawarnya sehingga RM44 ( the lowers price yg kami dapat semalam menurut pengalaman siti dan emak )
Apa yang ingin siti kongsi disini adalah berubahnya suasana di TAR ibarat berada di Indonesia. Kebanyakan pekerja2 disini beasal dari Indonesia , layanan diberi xubah seperti berada di bumi minang dan Jogja ( tempat yg siti pernah lawati). Orang minang dikatakan diantara kaum yang pandai berunding dengan cara yang lembut. Berubahnya tempat ini berbanding beberapa tahun dulu dimana kebanyakan pekerja dan peniaga di sini dipelopori oleh orang Melayu.
Apa pun siti suke tempat ini, ia menjanjikan pengalaman membeli-belah yang menyeronokan..
Selamat Hari Lahir Ayah
Jumaat, 6 Mac 2009
Tiba Saat Itu
Hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu.. Balik rumah!!!! yahooou (siti berlajar di johor dan tinggal di selangor). Setelah selesai kelas En.Azwan ramai rakan x sabar2 utk pulang ke rumah. Bezanya kali ini ialah pulang ke rumah (family) bkn rumah sewa. Perasaan teruja,gembira,seronok terpancar sejak habis test1 bg kesemua subjek yg diambil dan secara peribadinya siti dah ingat nk blik je masa tu.
Tiket bas siti 2.30 ptg, jam tangan menunjukkan tepat 1.30..dlm hati "satu jam lg ni, ape nk buat ni" .Tatkala ingin mengisi masa tersebut dua majalah telah dibeli dan satu dpdnya telah habis dibaca dlm perjalanan.3 jam perjalanan ke KL dan sejam ke Klang mmg memenatkan. Akhirnya kepenatan tersebut terubat tatkala terlihat wajah ceria kedua ibubapa tercinta.Kami pergi bershopping di TESCO dan pulang ke rumah.. mmg syok!!! siti dah kat rumah skrg hehe... yepi..yepi..yepi.. bnyak nk wat ni..xtau nk start yg mana dulu..itu..ini..itu..ini
Rabu, 4 Mac 2009
Makanan Minda
Semasa siti makan tengah hari tadi, seorang rakan bertanya.. ada mkn ape2 suppliment ke utk otak..
Mungkin ramai yg tahu bnyak mknn yg bleh merangsang perkembangan otak manusia.Banyak kajian dibuat dan telah terbukti keberkesannanya . Bagi siti kalau bermanfaat mengapa tidak kita mencuba..
1. Kismis
2. Susu
3. Kacang soya ( sbnrnye bgus mkn tempe,tahu,air soya dan seangkatan dgnnya..sedap dan berkhasiat)
4. Vitamin
5. Minyak ikan
6. Supplement tambahan
Ramai kawan2 dah cuba, dan hasilnya memberangsangkan.. “small thing can make a big different”
Selasa, 3 Mac 2009
Introduction
My life is just normal. I have little brothers and sister, i am the elders so i am the boss! ki3 dan sekarang saya menyambung pengajian di UiTM Segamat.Hmm...what else can i talk about?


















