Selasa, 19 November 2013

Honeymoon Medan Indonesia : Part 2

Jom sambung cite ari tu, Hari ke dua, pagi-pagi lepas breakfast kat coffee house @ Danau Toba Internaional Cottage  , kiteorang check out munuju ke Samosir Island . Perjalanan menaiki Boat mengambil masa lebih kurang 45 minit. Memang sangat enjoy dalam boat tu. Sampai kat perkampungan batak kiteorang jalan-jalan tengok peninggalan lama then shopping-shopping .

Ini la view yang paling feveret .. sangat-sangat indah permandangan tasik dikelilingi gunung :)

Dapat bilik yang view paling superb.. bukak pintu terus nampak tasik. Paling cantik masa matahari terbit dengan waktu senja ;)

Menuju ke perkampungan batak, menaiki boat ni.

Bergambar di hadapan rumah orang batak, rumahnye macam sampan kan.. Zaman dulu patung ni bleh menari sendiri kalau diorang main music ..



Petang tu Free Program untuk kami,sampai je hotel hubby terus tido, petang-petang sikit baru kieorang turun kat lobby, beli jajan sikit then gie jenjalan keliling hotel. Pemandangan memang sangat cantik , sambil cuci mate tangkap la gambar untuk kenangan :D



Nanti kalau rajin Siti cite activitie last day kat sana ye.. sampai jumpa :)

Sabtu, 26 Oktober 2013

Honeymoon Medan Indonesia : Part 1

Salam Hujung minggu , tak de mende nak wat weekend ni jadi Siti terajin nak tulis blog ni hihi . Sebenarnye nak story pasal wedding tempoh hari tapi disebabkan gambar offical tak dapat lagi jadi kite cerita yang ada gambar dulu ye.

Siti  dah rancang lama dah plan bulan madu ni dari bulan January lepas, bukak pulak Website airasia tiket tengah murah ape lagi booked terus. Hubby dia tak kisah dia on je , actually this is my second time gie Medan . Dulu pergi dengan Family , this place scenery sangat-sangat cantik tu yang pilih nak pergi sini untuk bulan madu.(3D2N)

Kiteorang pergi  dua hari lepas nikah. Nak dijadikan cerita , pagi tu kiteorng bangun lambat, hamik ko kelam-kabut dek non nasib baik la malam tu dah kemas luggage semua. Memang rezeki la tak terlepas flight sebab time datang tu lagi 1 minit dia dah nak tutup pintu tu, siap nama kena announce lagi .
 
 Masa Siti booked tiket sepatutnya kiteorang turun kat Poloni Airport, tapi start bulan July hari tu semua penerbangan Malaysia ke sini turun kat airport baru kat KualaNamu , Jauh jugak dari Medan hampir sejam.

Sempat bergambar kat tepi jalan.Kami dijemput di airport oleh Pak Herman dan Supir , sepanjang kat sana Transport kereta toyota In nova, alhamdulilah selesa la untuk perjalanan yang jauh ni.

Datang-datang je Pak Herman bawak gie sarapan ka warung tepi jalan. Sedap sangat makanan kat sini. Hubby makan nasi lemak  siti mintak lontong . Rupenye nasi dengan kuah lontong dia hidang kan ..


.Bergambar di pelamin.. hehe bukan la ni kat istana Maimon Tempat pemerintah zaman dulu tinggal.


Bapak Roy yang sepatutnya jadi tourist guide tak dapat hadir jadi dia tukar degan Pak Herman. So masa dia belanje kiteorg minum air kelapa (amik hati kot). 

Okey Shoping time, sebab jadual honeymoon ni pack, dia terus bawak shopping dulu . Yuhuu I borong telekung you, dengan baju-baju batik siket.


Lepas tu bawak gie makan .Dulu siti pergi dengan rombongan besar makanan memang superb sedap-sedap belaka, kali ni berdua kurang sikit la tapi boleh la..

En. Hubby yang nak beli jersey Indonesia tapi tak de size , lastnye amik gambar depan stadion je la hehe..

Dalam Perjalanan ke Perapat Medan diorang bagi Mineral dengan kuih ni ( macam kek sponge) . Sedap gilok U dalam dia ada cheese denagn krim.

 Sebelum sampai tempat penginapan , diorang bawak gie minum petang dulu. Ape yang Siti perasan Kopi kat sini memang sedap rasa dia lain dari yang selalu kia minum tu. kiteorang siap beli kopi bawak balik.


Muke happy dah nak sampai , yela dah penat dalam perjalanan 5 jam lebih .Dapat pulak tengok pemandangan cantik denagn udara nyaman. tak sabar nak check in Hotel.


Isnin, 21 Oktober 2013

My Wedding

Alhamdulilah Selamat Sudah ..

Akad Nikah
 14.09.2013

Bertandang Perempuan
15.09.2013


Bertandang Lelaki
 22.09.2013

Isnin, 24 Jun 2013

Dinner TG

Salam semua , last week company Siti ada wat Annual Dinner, as part from committee kena la datang awal time ni . Tema tahun ni Retro Siti beli baju semua pun last mint dari kawan Dear.PINK.wardrobe tapi berbaloi-baloi , baju dia best . Masa ni Siti makeup ala retro cat eye with red lipstik :D


Red Carpet Top Glove Hihi amik gambar verangan artis jap :)

 
Geng menjaga meja pendaftaran :)

Dalam Dewan Setia City Convention Centre. Cantik dewan baru .

Makanan chines healthy Food, biasalah Tan Sri mesti dia pilih healthy2 punye.Sayur memanjang hihi

With all my frens, hamboi meletup2 u
Wit my Bes Fren Dila ,mcm same je gayenye kan.


Ahad, 9 Jun 2013

Tempahan Makeup 2013

Salam semua , Siti nak share gambar terbaru wajah-wajah yang Siti makeupkan sepanjang tahun ini, Alhamdulilah diberi kepercayaan oleh customer untuk hari bahagia mereka :)

.
 Quote Harga Untuk Tahun 2013

Makeup Sahaja : (Harga ini hanya untuk sekitar Meru Klang shj)
luar kawasan add cost transportation  
 
 Dinner/Photoshoot: RM140
Dinner Untuk Student : RM 80
  Pre Wedding: RM170
Bertunang: RM170
* Nikah/Sanding/Bertandang/Majlis Berinai: RM220


Hubungi Siti : shoppingwithsiti@gmail.com

Isnin, 3 Jun 2013

Tunang Attire

Just a simple review for my baju tunang.
Saya pilih untuk buat sendiri baju tunang sebab esklusif la sikit kununnye.

Overall puas hati la sebab dari awal kite monitor sendiri pogress baju kan.
.
Budget untuk baju Tunang 
Kain Chiffon + Lining = RM260
Upah Tailor = RM180 
Beading + bunge2 = RM100
Shawl = 20
Total = RM 560.00


Baju ni menampakkan saya tinggi dah kurus  .. okey perasan jap haha :P

Ayu-ayu gitu ditiup angin laut.

Jangan tertipu, sekejap je Ayu, gambar yang lain semua kejenye betulkan shawl je sebab kena tiup angin. Pengajaran untuk diri kalau pakai pesen ala Hana Tajima ni tak sesuai photoshoot kat tempat banyak angin.Untuk majlis nanti Siti akan tukar tailor lain pulak sebab Siti nak baju yang selesa, yang ni kureng siket.

Baju Tunang saya di ilhamkan dari baju pengantin diatas .. cantik kan :)

Ahad, 26 Mei 2013

Review Hantaran Tunang

    Salam semua, seperti yang dijanjikan Siti nak share persiapan pertunangan tempoh hari untuk panduaan dan perkongsian.Untuk hantaran dari pihak lelaki 5 dulang dibalas 7 dulang dari pihak perempuan. Dulang semua Siti pinjam sedara kat Johor, terima kasih banyak-banyak. Siti dan mak just beli bunge dan ribon untuk hiasan dulang .Jimat disitu  haha..

    Memang Siti dah inform tunang awal-awal hantaran kita buat yang paling simple je. Insyallah akan diteruskan untuk majis nanti :). Ada barang-barang yang Siti dah beli awal, untuk penjimatan berganda .Contohnya chocolate siti beli kat Labuan (Duty Free shop) masa Siti dan family pergi bercuti .Harga memang jauh lebih murah dari kedai biasa, macam Ferrero Rocher tu harganya RM90++ , Siti beli dalam RM49++ je .

Untuk buku-buku tu Siti beli masa karangkraf buat SALE dia ada jual set-set buku, yang ni memang untuk orang kawen. Bila beli macam ni memang murah sehingga 50% dari normal. Siti beli RM100 je tapi dapat banyak buku .Kain Baju melayu tu pun Siti beli masa Year End Sale  kat Jakel. Mula-mula nak pergi jenjalan je, tibe-tibe berkenan pulak kat warna biru terkois tu ape lagi terus beli .

Semua hantaran ni my Mom yang gubah, beliau memang kreatif (untung la saye hihi) , Sireh tu pun  mak yang gubah sendiri tau . Thank you Mami :)

Jom kite layan gambar ..


.
 chocolate
 Buku-Buku
 Kain Baju Melayu
 Chocolate lagi hihi

 Buah-buahan
 Sirih junjung

Hantaran dari pihak lelaki  
Hantaran dari pihak perempuan