Ahad, 30 Mei 2010

BBQ bersama Family

Semalam tak pergi mana pun seharian, siti duk mengajar sepupu dengan adik buat blog..Bukan..bukan , paksa adik buat blog :P , sebab minggu depan dia dah nk berangkat berlajar ke Syria.So kami nak tahu perkembangan dia kat sana nanti .

Malam semalam wat BBQ dengan fruit salad, memang terangkat beb, lebih-lebih lagi sebab perut sudah berkeroncong dek pekena Sizzling Mee je petang itu.Sedap wey mak masak, nt kite share resepi yer..
Rempah memang tip top la cikgu Sabariah buat

lebih-lebih lagi dimakan bersama sosej berinti cheese ni.. cair dimulut gitu ..

Wah saye pun mahu nyibuk disini..sile abaikan baju tidur tu yer kawan-kawan..kwang..kwang..kwang

Makan pulak dengan salad segar.. ala-ala korea ke? hahahaha

tengok..tengok makan kat pangkin lagi, diselangi tiupan angin sepoi-sepoi bahasa.Ehhh dah macam kat tepi pantai pulak ni. Selera sungguh Cikgu Salleh makan ye. Orang kuat BBQ malam ni ialah Zakuan zack.. salute la beb..


Disebabkan perut kenyang terlampau, sebelum kul 12 malam, rasanya satu rumah dah tidur kekenyangan..

0 ulasan: