Sabtu, 28 Mac 2009

ANUGERAH NAIB CANSELOR




Dulu siti anggap orang yang pandai tu semua telah ditakdirkan untuk pandai, ternyata pandangan siti kurang tepat .Tidak dinafiakn ada sesetengah orang memang genius, dengan kata lain terang hati. Berlajar sikit pun boleh skor lah kiranya!.Result SPM siti tidaklah boleh dibanggakan,kalau nak dibandingkan dengan kawan2 memanglah siti ketinggalan dibelakang.

Semenjak itu saya berazam untuk berlajar bersungguh-sungguh kelak. Siti sambung pengajian diperingkat diploma dengan mengambil cos yang siti minati. Berlajar di Universiti banyak membuka mata dan minda siti, dengan suasana baru,kawan2 baru,cara hidup baru.. inilah saat dan ketikanya utk saya buktikan saya boleh berjaya!!!!!!!(chewah).

Tiga tahun hidup sebagai pelajar sepenuh masa , memang agak mencabar.Dalam tempoh itu kadang2 siti ibarat sudah berputus asa dan tidak terdaya, siti percaya Tuhan sayang pada hambanya.. siti doa banyak2mintak pertolongan dari-Nya. . Suka duka,pahit getir dilalui dengan sokongan kedua ibubapa yang banyak membantu (terima kasih buat mak dgn EBak) Akhirnya siti dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang. Alhamdulilah..syukur.



Penerima Anugerah Naib Canselor : Siti Soleha Bt Md Salleh
(Hanya tuhan yang tahu perasaan siti masa itu, terima kasih Allah..)

0 ulasan: