Hari isnin lepas Siti keluar dengan Nazim, mintak dia temankan Siti Renew Lesen dengan Bayar Bill tepon, kebetulan encik bf keje syif malam ..
Dah alang-alang tu kiteorang tengok cerita The Adventures of Tintin ni kat panggung sebab arahan Steven Spielberg's :D .Untuk Movie ni not bad la panjang sikit cite dan rasanya kalau lebih masukkan element lucu lagi ok kot nama pun cartoon.Dia punye teknologi memang best la, Cartoo dah macam orang betul sey!
Balik Singgah makan Kat johnny, Muke encik Bf tak sabar tunggu orang tu tuang Sup..Ke sebab ngantuk tak cukup tido?
Owh Siti first time pkai shawl style cross ni, tgok orang pakai cam best je. Tapi xcukup pandai lagi , duk asik betulkan tudung je ari tu huhu. Shawl yang Siti pakai cantik kan ? sape nak beli bleh tengok kat sini
Khamis, 17 November 2011
Jenjalan ^_^
Dicatat oleh Siti di 11:59 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Rabu, 16 November 2011
POPCORN SEDAP !
Siapa pernah makan Popcorn Garret angkat tangan :P . SEDAP kan..kan..kan Owh teringat-ingat lagi rasa dia lemak manis yumm..yumm. Siti memang dah lama dengar pasal Popcorn ni cume kat Malaysia ada ke jual?
Medium pack 11SGD , kalau duit Malaysia RM27.50 ^_^. Popcorn ni kiteorang combine perisa caramel dengan cheese makan sekali baru terangkat !
Anak dara kat atas kawan-kawan Siti , kite orang gie Singapore minggu lepas .Tercapai la hajat saya nak rasa PopCorn ni :) hehe senyum lebar-lebar..
lalalala... saya buat sendiri PopCorn ala-ala Garret ,Cari Recepi sendiri kat internet dah lama dah cube ni kali ke-dua buat, memang sedap dari recepi yang biasa, nak kata rasa dia sama betul rasa dia tidak la tapi ada la dalam 60% :D Saya Suka PopCorn!
Dicatat oleh Siti di 11:17 PTG 2 ulasan Pautan pada catatan ini
Selasa, 15 November 2011
Siapa nak Beli produk Etude House? -SOLD OUT-
Salam Siti ada 2 makeup nak letgo, sebab hari tu Siti Beli 2 Set . Satu pun tak abes pakai lagi so rasa nak jual yg lagi satu , Semua Brand New tidak pernah guna dalam Kotak lagi . Pada yang berminat boleh e-mail Siti : shoppingwithsiti@gmail.com
-SOLD OUT-
Etude House Magic BB Cream
Harga Siti Beli : RM39.90
Let Go Price : RM 20( excluded postage)
Untuk rujukan: http://www.musingsofamuse.com/2008/11/etude-house-magic-bb-cream-review.html
-SOLD OUT-
Etude House Golden Ratio( yang warna gold tu)
Harga Siti beli : RM49.90
Let Go Price : RM 29( excluded postage)
Untuk rujukan:http://whitechoco17.blogspot.com/2011/03/etude-house-golden-ratio-face-glam-1.html
Dicatat oleh Siti di 1:14 PTG 1 ulasan Pautan pada catatan ini
Label: MAKEUP REVIEW
Rabu, 9 November 2011
Hang Out With My siblings
Minggu ni siti kena Renew Passport ,so Siti ajaklah angah teman pie renew . Disebabkan kiteorang datang lepas kul 12 jadi kena ambil esok harinye. Esoknye kiteorang keluar tiga beradik, dah alang-alang tu Siti bawak la diorang jenjalan dekat-dekat .
Thanx a lot to my Sister yang setengah hari teman Siti Buat Passport kat Shah Alam Semalam.Punye la ramai orang sampai kiteorang sempat pergi makan dan bershopping 2-3 round lastnye pakai mesin je renew Passport nasib baik senang kalau tak sampai lewat petang la baru balik.
Singgah Sunway saje bawak adik-adik jalan, sorang tak nak tengok wayang, sorang lagi tak nak karaoke sudahnye jenjalan makan-makan je la . Melantak Doughnut sambil tengok orang main ice skating kat bawah :)
And Again makan Auntie Anne's Pretzels and Apple Icee. Sedap gak tau :)
Sian My Bro demam time ni , yang silapnye kiteorang boleh share Air time ni. Sudahnye balik rumah Siti dengan angah terus sakit tekak n demam waaaaa.. nanges :'( sebab dah plan lagi dua hari nak pergi Singapore dengan kawan huhu..
Teringin nak makan Green tea Ice Cream, Beli la satu share dengan adik sudahnya dua-dua pun tak abes ,Buang aje tak buleh terima tekak den walaupun saya pengemar Minuman Green Tea tapi tidak untuk Icecream . Rasanya macam Air Teh Susu campur Kacang ijau dan ada bau teh hijau yang kuat disitu . WADUH!
Alhamdulilah Passport siti dah Renew , boleh pergi makan angin pasni yahooo!
Dicatat oleh Siti di 12:17 PG 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Selasa, 8 November 2011
Singgah Tengok Gajah
Dalam perjalanan pulang dari Temerloh , Siti satu family singgah kat Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah. Kat sini tempat diorang pulihara gajah-gajah liar dari hutan.
Macam-macam aktiviti yang korang boleh join kat tempat ni tau. Antaranya bagi makan kacang kat Gajah macam siti buat :) . Anak gajah tu baik dia amik pelan-pelan je kacang tu.
Antara aktiviti menarik disini :Menunggang gajah, bagi makan ,tengok gajah mandi dan ada Muzium gajah. Tiada bayaran dikenakan tapi korang boleh bagi sumbangan ikhlas untuk tempat ni operate .
Me and my father , Ni awal-awal masa nak masuk tempat ni. Exited okey ada tanda RestRoom pun sempat bergambar haha.
Encik ni sedang mandikan anak gajah ni, sian dia sesat dari family dia kat hutan , jadi diorang kat sini yang jaga. Anak gajah ni dengar cakap tau , tuan dia suruh wat ape semua dia ikut.. " Baring..Baring.. Bangun.. Comel!"
My Mom and Sis sempat bergambar kenangan, Balik tu jalan Jam teruk tau sebab semua orang berpusu-pusu dari kampung nak balik bandar berejam jugak la. huhu Siti tido je :D
Sebelum balik tu kiteorang beli la souvenir kenang-kenangan , Pelekat peti sejuk mesti ada ! dan sempat gak Siti dengan Adik borong jajan untuk dicekik dalam perjalanan pulang .
Saye beli Pin Gajah Kiut , Aiman,Kaklong,Angah Auuw Comeyy..
Dicatat oleh Siti di 11:26 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Label: Jalan-jalan
Isnin, 7 November 2011
Raya Haji Di Pahang
Raya Haji tahun ni Family Siti tak balik kampung kat Johor sebab bulan 12 nanti cuti sekolah nak turun Jb . Kami sekeluarga bercuti ke Pahang, saje jenjalan tukar angin dan mau makan ikan Patin sedap.
My Bro yang kat johor pun balik ikut sekali , so cukup la ahli keluarga semua ada Emak, Ebak,Kaklong,Kakngan dan Aiman :) jarang dapat kumpul lengkap semua ni..
Kami stay kat homestay je, kat sini banyak rumah buat homestay. Cantik dan Berbaloi Semalam cuma Rm160, rumah 3 bilik ada Astro dengan Wifi , Speed laju pulak tu anak-anak semua mengadap laptop je la :P
Ni bilik yang Saya Stay, Serius rumah ni sangat-sangat selesa untuk sekeluarga.Kalau 2-3 Family stay untuk overnight pun selesa sebab rumah besar.
Di pagi hari raye , kami Tapau makanan siap-siap dari rumah, sampai-sampai je terus makan nasi lemak special Cikgu Sabariah :)
Hari tu jugak tuan rumah ada wat majlis Korban, dia ajak raye kat umah.. Rusuk BBQ tu Uollls..
Dicatat oleh Siti di 8:25 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Label: Jalan-jalan
Jumaat, 4 November 2011
Spaghetti Sedap

OMG!! Sangat Sedap walaupun Simple je nak buat nye .. I Like I Like :P
Resepi ni senang,cepat dah sedap lepas ni kalau agak-agak tengah malam lapar nak makan buleh masak recipe ni dan untuk mereka yang diet pun leh try tau yumm.
Sila Rujuk Resepi kat sini : http://www.myresipi.com/top/detail/545
spaghetti@yang seumpama dengannya (2 orang makan)
4 sd besar minyak zaitun
Mana-mana pun boleh : Udang,Sotong,Isi Ketam,Fish ball@Meat ball
cendawan
3 ulas bwg putih diracik halus
2 sd besar sos tomato
1 biji tomato
serbuk parsley
garam dan sedikit serbuk lada hitam
Cara-cara
1 .Rebus spaghetti dalam air panas yang telah dimasukkn sedikit garam dan 1 sudu minyak bila spaghetti dh siap dicelur, toskan.
2. Dalam kuali, panaskn minyak. Tumis bawag putih sampai wangi.Masukkn bahan basah, gorengkn sebentar. Kemudian masukkan cendawan dan goreng lagi.
3. Masukkan spaghetti,tomato dan sos tomato. Tambah lada hitam dan garam.bila nak dihidangkn, boleh la ditabur dgn serbuk parsley.
Sedap..sedap..sedap.. hehe kasi psycho korang suruh try gak :D
Dicatat oleh Siti di 1:00 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Label: cheft Amature
Khamis, 3 November 2011
My Red Velvet
Korang Pernah makan Kek Baldu Merah tak ? Cik Siti teringin la pulak asik tengok sini-sana orang publish Recipe ni dan semua komen cakap sedap bangat kek ni. Ape lagi bahan pun cukup kat rumah kite bedal je la kan kan..
Tada Kek Baldu Merah shaye dah ciap, Cuma topping kite guna Swiss Meringue Buttercream punye cara. Esok adik dua orang tu balik rumah buleh la diorang tolong perhabes Kek ni .. Yumm Yumm Ujan-Ujan makan kek syok ni :D
Sila Rujuk Recepi di bawah
http://www.myresipi.com/top/detail/10484
http://www.myresipi.com/top/detail/11724
Dicatat oleh Siti di 5:01 PTG 2 ulasan Pautan pada catatan ini
Rabu, 2 November 2011
Makan Lagi
Hai korang ! Lama tak saye tak Update Blog kan. Selasa lepas Cik Siti pergi jenjalan tak gie mana pun kat Klang je. Kiteorang Pergi makan kat VIVO haha mesti korang cakap tak de tempat len ke... :D ape buleh buat sedap kot makanan kat sini.
Ni Encik Boyfren punye Tropical BBQ Chicken Chop, Saye tukang abiskan coleslaw tu :P
My fav.. Panini Inti dia chicken Meatball ,Siti prefer roti Italiana. Sedap Gilak, Setiap kali makan kat sini kite suka oder bendalah ni yumm.yumm
Buberry ape tah lebih kurang mcm Pizahut punye pizza yang crunchy atas ada eskem tu.. tapi yang ni lagi sedap tau Rangup,Lemak,Manis .
Kiteorang tengok cerita PARANOMAL ACTIVITY , cite buleh tahan gak but endding cam tak puas ati lak hahaha mati kok..
Dicatat oleh Siti di 10:19 PG 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Selasa, 1 November 2011
Hang Out with my Sis and Bestfren
Minggu Lepas my friends from JB turun Selangor, Hoye..Hoye..
Cik Fifie ni sebenarnya nak Pergi jemputan Kawen Kawan dia, So dia singgah Rumah Siti dulu, kebetulan adik Siti pun tengah Cuti so kiteorang pun gie enjoy-enjoy. Yang Bestnye my Mom yang baik hati telah menyeponsor U .. LOVE U LA Mami :D
May i present u Hana Tajima.. opss .. Silap ke Eiffa Tajima haha hantam saja la labu. Amacam Tomey tak kawan saye ni -_<
Owh kami pergi Green Box Nyanyi Tiga Jam sampai penat....eh tak penat pun lapar je :D . Untuk Penjimatan berganda kiteorang pergi pagi-pagi tau,Sebab pagi-pagi rate dia lebih Murah So paksa eiffa ni bangun pagi ki3 ^_^
Lepas tu kiteorang pergi makan Pizza hut, Banyak jugak kiteorang oder sebab masing-masing dah kebulur. Yang penting ambil salad mesti menggunung ye tuan puan :)
Ni angah Tim , Lepas tu kiteorang pun Shopping-shopping la sikit then balik terus , ingat nak Singgah GM Klang tp dah kul 5 lebih nanti JAM la pulak kan..Next Siti Planning nak Turun JB pulak .. ^_^
Dicatat oleh Siti di 2:05 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Rabu, 5 Oktober 2011
E-mail kena SPAM !! Ape Nak Buat
Pernah tak E-mail korang masuk SPAM ? kalau setakat Lima ke Sepuluh E-mail tu boleh dimaafkan lagi, ni sampai penuh SENT item korang dengan INBOX. Lepas tu Bila korang padam lagi banyak pulak dia masuk balik INBOX.TENSEN sangat tau , nangis jap huhu ;(
Yang lagi buat kacau tu dia ATTACK E-mail yang Siti guna untuk DRESSKAMI pulak tu, kalau lah nak tukar e-mail baru banyak masalah nanti .Since dah guna e-mail tu sebagai e-mail rasmi business kan , huhu Sodeh -Menyodeh la saya
Tapi kan Siti dah dapat Solution , gie search En Google jap godeh-godeh so ramai suggest kite tukar PASSWORD yang kita guna je nanti orang dah tak boleh HACK e-mail lagi..
Here's how to change your password:
- Sign in to Gmail.
- Click the gear icon
at the top of any Gmail page, then Mail settings, and open the Accounts and Import tab. - In the 'Change account settings' section, click Change password.
- In the new window, enter your current password and your new password.
Alhamdulilah E-mail Siti masih boleh diselamatkan, TQ EN. Google . Kalau korang punye e-mailkena HACK jugak cube try solution kat atas . ^_^
Dicatat oleh Siti di 8:25 PG 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Sabtu, 1 Oktober 2011
Ulat Bulu Menyerang..
Terkejut sangat bangun-bangun je nampak ada ulat bulu/beluncas kat kasut .. ishh meremang tengok nye..
Lepas tu tak sedap hati, Siti pun periksa la keliling rumah, rupenye dah botak pokok bunge yang Ayah siti tanam dikerjakannye . Terkejut sangat berambak-lambak ulat bulu tengah makan daun dengan lahapnye dah dekat 90% daun dah togel.. eeeeeeeeeee geli tau.
Ape lagi dengan pantasnye saye mencari Ridset sembur dua-dua pokok tu. Ulat pun jatuh sekor-sekor, kalau nak dikira-kira tu ada gak la dalam 30 ekor termasuk la ulat bulu yang kecil warna hitam tu ..
Dicatat oleh Siti di 12:25 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Khamis, 29 September 2011
My favorite song
Aku bersyukur kau di sini, kasih
Di kalbuku, mengiringi
Dan padamu
Ingin kusampaikan
Kau cahaya hati
Dulu kupalingkan diri dari cinta
Hingga kau hadir ubah segalanya
Oooo
Inilah janjiku kepadamu
Chorus:
Sepanjang hidup
Bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu
Kaulah cintaku, cintaku
Sepanjang hidup
Seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan s'lamanya
Aku milikmu
Yakini hatiku
Kau anugerah sang Maha Rahim
Semoga Allah berkahi kita
Kekasih, penguat jiwa
Kuberdoa, kau dan aku di Jannah
Kutemukan kekuatanku di sisimu
Kau hadir sempurnakan s'luruh hidupku
Oooo
Inilah janjiku kepadamu
*Repeat Chorus
Yakini hatiku
Bersamamu, kusadari inilah cinta
Tiada ragu,
Dengarkanlah kidung cintaku yang abadi
Masih mencari "Mood" untuk meng-Update BlogInsyallah..
Dicatat oleh Siti di 7:05 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Ahad, 31 Julai 2011
KIMCHI
Anyong-haseyo, je ireum eun Siti Soleha imnida..
Hari ni mari kita buat kimci, Since Esok dah start puasa :)
Bahan-bahannya Rempah : bawang besar, bawang putih, halia, udang kering, sebiji buah pear kisarserbuk lada, garam dan gula.(blend je semua ni :P)
Bahan-bahan sayur : kobis,carrot,leak,daun bawang, saleri dan lobak putih.
Cara-caranya:
1.Cuci bersih semua sayuran, kobis akan dicuci dan dilumur garam sehelai-demi sehelai dan di biarkan selama 1 setengah jam. Sayur lain dipotong kecil-kecil.
2. Selepas satu setengah jam basuh kobis tersebut , dah bahan-bahan semua dah ready untuk dilumur dengan bahan-bahan rempah .
Sila gaul sekata ya tuan puan, semua bahan disediakan oleh emak saya, saya tukang gaul sahaja ehem-ehem. Selepas gaulkan kita simpan dalam bekas bertutup dalam 4/5 hari lagi dah boleh makan dan simpan dalam peti sejuk (supaya rasa dia tak masam sangat )
Ni contoh bila dah jadi ye puan-puan : balance Kimchi bulan lepas, dah tinggal seciput je, tu yang kiteorang buat baru :P
Rasa kimci ni macam jeruk sayuran, masam-masam pedas sikit :P
Dicatat oleh Siti di 2:44 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Label: cheft Amature













