Memaparkan catatan dengan label shopping. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label shopping. Papar semua catatan

Rabu, 25 Mei 2011

SHOPPING TAK HENGAT

Last week one of my besfren dari Johor turun Klang, jadi haruslah melayan kawan baik anda dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan .

Jumaat tu Siti dengan angah jeput fifie (kwan Siti) kat busStop Klang Central, lepas tu terus bawak pergi TESCO makan-makan. Lepas makan pergi karok jap ( aktiviti wajib ni, lama dah tak karok dengan beliau) then shopping-shopping kat TESCO .

Esoknye kiteorang termasuk mak dengan adik Siti pergi TAR, kebetulan myfren memang nak pergi sini pun(elok sangat la tu). Ayuhhh reramai..

Shopping ! Shopping! Shopping! wahh dah beli baju raya ko, advance gitu.Ape buleh buat tailor populer sesangat hantar baju dua bulan baru siap( aku perli , tailor tu sebenarnya ni ). Memang puas hati la pergi awal pagi, lewat petang baru balik!..

I love this pic!boleh pulak brader tu payung kiteorang dengan belon-belon cumel tu. Belon memang mendapat sambutan yang hangat oleh kanak-kanak yang ikut mak pergi shopping kat sini.

kite orang shopping dari hujung ke hujung siap patah balik lagi cari barang, cari sampai jumpe. Kat Tar memang murah-murah la barang compare kat tempat lain.

Lepas tu lepak kat foodcourt Sogo makan nasi campur ,padahal tadi kat pasar macam-macam makanan dah di cekik , Air pun dah 3 cawan beduk. Tapi memang best betul pasar punye makanan, macam-macam pilihan terbaik la! lain kali nak pergi hari sabtu la ,sebab sebelum ni selalu pergi hari ahad, tak de pasar :(

harusla ada gambar saya sekali ^_^

Lepas habis makan sambung shopping handbeg kat Jusco pulak . Setiap kali pegi mesti SALE kan, ke memang diorang ni SALES sepanjang tahun? .

Ni kat depan Sogo , ada pulak orang nyanyi-nyanyi, rasa macam kat Indonesia pulak (sebab kat sana ramai menyanyi cam ni). Tapi okey gak kot, lepas korang penat shopping sampai hampir tak rasa kaki (banyak sangat berjalan) dihiburkan dengan lagu-laguan .

Balik rumah malam tu semua tido awal sebab dah penat bershopping seharian ^_^

Ahad, 14 Jun 2009

Shopping TAR

Ari ni bershopping bersama emak dan angah di Jalan Tengku Abdul Rahman, Ni mmg favorite place utk beli baju raya. Satu Family beli awal memandangkan semua anak-anak duduk berjauhan, jadi senang nanti tidaklah kelam-kabut disaat-saat akhir nk Raya ( hehehe.. puasa pun lambat lagi Siti!!)

So tema tahun ni warna ______ hehe surprize ler..
Dalam masa 3 Jam bershopping , Alhamdulilah sume baju dapat di cari.






shawl di sini pelbagai corak dan warna . boleh dapat dgn harga Rm 10 sahaja!! beli dua selalu peniaga bagi kurang Rm18. tapi ni tadi kedai mana tah sosat2 saya, dia bagi discount 2 shawl for Rm 15 sja :) wah gumbiranya bershopping!!


Kain ni tgh popular sekarang nama ia "Swiss Cotton". Harga around( RM 140 - Rm 95 )
mmg mahal , tapi nampak cantik dan selesa . Hampir semua kedai yg siti mintak tawar bleh kurang paling murah RM 85. Tapi agaknya mmg rezeki kteowg tadi,Satu kedai ni jual dgn harga RM70 je dan atas sebab dah beli baju kat kedai ni tadi dia bagi murah lagi Rm55. kte org pun tawar lagi sebb nk beli dua pasang. Akhirnya kami dapat harga RM 50 sepasang . Serious tempat lain x boleh turun kurang dr RM 85 ada kedai tu paling murah RM120 huhuhu !! tapi kedai ni x bnyak stok tinggah 4 je .. REzeki2 (-_-)

Paling best kat sini ialah brooch, tempat lain harga range Rm 15-20, kat sini bleh dapat RM 10. yang paling best Banyak pilihan (serious cantik) dan koleksi yg baru-baru dijual. Mereka lawan harga (-__-) yg penting kita kena pandai cari kedai yg menawarkan the best price!!





Brooch "3" for Rm 10 . hahaha beli sume sepesen je,sbb senang nk match dgn sume color baju (--")


Brooch favorite dan selalu ilang sebab kecik sangat ( che che nk slhkan saiz pulak.padahal sbb x jga btui2). "5" for Rm 10 sahaja. Banyak pilihan sampai siti pun rambang mata dibuatnye .






fuh letih bershopping tp hati gumbira lalalala..








Award
From friends , Nissa thanx ye :). Rupenye award pun ada syarat yer hehehe, sy budak baru berlajar (-__-)




Terma dan syarat:

♥ Letakkan logo award ini di blog anda.
♥ Anugerahkan award ini kepada 10 Blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.
♥ Pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui backlink dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda.
♥ Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.
♥ Berbagi cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini.

Siti want to pass this award to ( 5 je xpe kan?)
1 Nad http://www.lifeofnad87.blogspot.com/
2. Zira http://ierazirared.blogspot.com/
3. Hanisah http://kurniact.blogspot.com/
4. Lyaa http://lyaman.blogspot.com/
5. Ixora http://edgwaregreenpark.blogspot.com/

Ini diantara blog2 yg banyak memberi inspirasi pada siti, sebenarnya ramai lagi :P 1 love ur all blog, dan kepada semua kenkawan pun bleh ambil award ini jikalau sudi .
Sekian..

Ahad, 31 Mei 2009

Sale sana...Sale sini..


Haha jom-jom berjalan-jalan sambil berlatih memandu...ayuh ke klang Prade


ini lah Angah yg menjadi co-pilot pemanduan hahaha.. adik ni sorang je yg berani kalau akak dia bwk.ahak..














Hari ni destinasi tujuan ialah Klang Prade, sayangnye baru sejam tadi mawi datang.. aduss terlepas, yg ada ialah pertandingan piano. dan kebanyakan perserta adalah kaum cina. Pandai diorang main piano. Siti Kagum!!. kte org xde la shopping sangat, jalan2 ambil angin.








kawan-kawam Hot market SALE buy 2 free 1, ada yg buy 1 free 1, pilih2 rantai yg menarik











benda2 yg cumel ni pun ada jual gak... kalau saya little girl. Pasti saya exited dgn benda2 ni

Sabtu, 30 Mei 2009

Hati-Hati dengan Penyeluk Saku


susana di KL yg sangat sesak dan dipenuhi manusia.



























Yang siti ingat semasa melintas jalan menyeberang dari Sogo ke Jalan TAR seorang akak ni tiba2 berjalan dibelakang siti dan menyentuh bahu kiri, seolah-olah ada kereta dibelakang (pelik!! dalam hati saya berkata huhu jgn la penyeluk saku ,abis la aku). Tapi siti tidak endahkan gerak hati dan terus berlalu tanpa syak apa-apa.

Kami pun meneruskan aktiviti bershopping2 sehinggala siti berkenan pada sepasang selendang dan ingin memebayarnya .. seluk-punya seluk tidak ada,, ahh siti cemas . Siti panggil mak. " Mak mana beg duit MAk? ". "eh tadi dlm kereta mak dah bg kaklong simpan kan. "adusss !! aku cuak... mana aku letak ni,serious td dalam beg ni". kemeriahan telah bertukar kepada suasana cemas dan kerisauan. Tapi mak sedapkan hati "jangan2 kaklong tercicir dalam kereta x?". Aaah tidak!!! siti pasti x de keluarkan langsung beg duit, memang dalam beg ni tadi.

Kami meneruskan tujuan utama kesini, emak akan bertolak kE Bandung esok, oleh itu memerlukan beberapa helai tudung yg mudah dan senang dibawa kesana.Kemudia Angah berjaya menelefon ayah ( Ayah pergi ke tempat lain) dan bertanya tentang kalau2 beg duit tercicir. Malagnya ayah tidak menjumpainya AHHHH!! sudah sah la kena copet..

Pulang kerumah dengan suasana tegang . Lebih-lebih lagi Emak Senyap je sepanjang perjalanan. Siti Rasa bersalah !! yelah siti yg bawakkan beg duit mak dan tiba2 pulak ia hilang. oh risau....

Akhirnya kami sampai ke rumah,ayah menghubungi pihak bank utk menghentikan penggunaan kad kredit.Pihak bank memberitahu kad kredit telah diblok tengah hari tadi!! alhamdulilah rupanya ada insan telah menjumpai beg duit tersebut. Emak meminta jasa baik pihak bank utk menghubungi beliau utk mendapatkan semula dokumen2 penting Spt ic,lesen memangu, Atm , kredit kad dll. Kami difahamkan duit sudah lesap cuma tingga Rm20 berserta barang2 lain yg tidak di usik..

Sekarang Emak dan ayah siti dalam perjalanan ke Sogo semula utk menuntuk balik beg duti tersebut. siti di rumah menanti berita!!!