Sabtu, 30 Mei 2009

Hati-Hati dengan Penyeluk Saku


susana di KL yg sangat sesak dan dipenuhi manusia.



























Yang siti ingat semasa melintas jalan menyeberang dari Sogo ke Jalan TAR seorang akak ni tiba2 berjalan dibelakang siti dan menyentuh bahu kiri, seolah-olah ada kereta dibelakang (pelik!! dalam hati saya berkata huhu jgn la penyeluk saku ,abis la aku). Tapi siti tidak endahkan gerak hati dan terus berlalu tanpa syak apa-apa.

Kami pun meneruskan aktiviti bershopping2 sehinggala siti berkenan pada sepasang selendang dan ingin memebayarnya .. seluk-punya seluk tidak ada,, ahh siti cemas . Siti panggil mak. " Mak mana beg duit MAk? ". "eh tadi dlm kereta mak dah bg kaklong simpan kan. "adusss !! aku cuak... mana aku letak ni,serious td dalam beg ni". kemeriahan telah bertukar kepada suasana cemas dan kerisauan. Tapi mak sedapkan hati "jangan2 kaklong tercicir dalam kereta x?". Aaah tidak!!! siti pasti x de keluarkan langsung beg duit, memang dalam beg ni tadi.

Kami meneruskan tujuan utama kesini, emak akan bertolak kE Bandung esok, oleh itu memerlukan beberapa helai tudung yg mudah dan senang dibawa kesana.Kemudia Angah berjaya menelefon ayah ( Ayah pergi ke tempat lain) dan bertanya tentang kalau2 beg duit tercicir. Malagnya ayah tidak menjumpainya AHHHH!! sudah sah la kena copet..

Pulang kerumah dengan suasana tegang . Lebih-lebih lagi Emak Senyap je sepanjang perjalanan. Siti Rasa bersalah !! yelah siti yg bawakkan beg duit mak dan tiba2 pulak ia hilang. oh risau....

Akhirnya kami sampai ke rumah,ayah menghubungi pihak bank utk menghentikan penggunaan kad kredit.Pihak bank memberitahu kad kredit telah diblok tengah hari tadi!! alhamdulilah rupanya ada insan telah menjumpai beg duit tersebut. Emak meminta jasa baik pihak bank utk menghubungi beliau utk mendapatkan semula dokumen2 penting Spt ic,lesen memangu, Atm , kredit kad dll. Kami difahamkan duit sudah lesap cuma tingga Rm20 berserta barang2 lain yg tidak di usik..

Sekarang Emak dan ayah siti dalam perjalanan ke Sogo semula utk menuntuk balik beg duti tersebut. siti di rumah menanti berita!!!

0 ulasan: