Isnin, 21 Oktober 2013
My Wedding
Dicatat oleh siti soleha di 8:36 PTG 2 ulasan
Label: My Wedding
Isnin, 3 Jun 2013
Tunang Attire
Dicatat oleh siti soleha di 10:38 PTG 2 ulasan
Label: My Wedding
Ahad, 26 Mei 2013
Review Hantaran Tunang
Salam semua, seperti yang dijanjikan Siti nak share persiapan pertunangan tempoh hari untuk panduaan dan perkongsian.Untuk hantaran dari pihak lelaki 5 dulang dibalas 7 dulang dari pihak perempuan. Dulang semua Siti pinjam sedara kat Johor, terima kasih banyak-banyak. Siti dan mak just beli bunge dan ribon untuk hiasan dulang .Jimat disitu haha..
Memang Siti dah inform tunang awal-awal hantaran kita buat yang paling simple je. Insyallah akan diteruskan untuk majis nanti :). Ada barang-barang yang Siti dah beli awal, untuk penjimatan berganda .Contohnya chocolate siti beli kat Labuan (Duty Free shop) masa Siti dan family pergi bercuti .Harga memang jauh lebih murah dari kedai biasa, macam Ferrero Rocher tu harganya RM90++ , Siti beli dalam RM49++ je .
Untuk buku-buku tu Siti beli masa karangkraf buat SALE dia ada jual set-set buku, yang ni memang untuk orang kawen. Bila beli macam ni memang murah sehingga 50% dari normal. Siti beli RM100 je tapi dapat banyak buku .Kain Baju melayu tu pun Siti beli masa Year End Sale kat Jakel. Mula-mula nak pergi jenjalan je, tibe-tibe berkenan pulak kat warna biru terkois tu ape lagi terus beli .
Semua hantaran ni my Mom yang gubah, beliau memang kreatif (untung la saye hihi) , Sireh tu pun mak yang gubah sendiri tau . Thank you Mami :)
Jom kite layan gambar ..
Dicatat oleh siti soleha di 2:21 PTG 2 ulasan
Label: My Wedding
Rabu, 27 Mac 2013
Makeup Sendiri untuk Engagement ?
Since sejak last year Siti dah start makeup orang untuk engagement dan perkahwinan so untuk majils tunang tempoh hari dah decide untuk makeup sendiri. Tunang siti dah siap pesan awal-awal jangan makeup over-over , light -light je asal sedap mata memandang.Tapi biasa la perempuan kan ,akhirnya Siti convince beliau Siti akan makeup tebal sikit tapi siti guna warna soft-soft je.
My cousin punye fiance Miera yang assist Siti pakaikan bulu mate dengan topup eyeliner. Nasib baik la ada assistant . Miera ni memang makeup orang, untung la ada orang yang pandai tolong kite time ni . Untuk pengetahuan kalau Siti makeup customer memang Siti tak cukur kening , sebab Siti ada cara lain untuk bentuk kening tanpa cukur atau cabut .
Rupenye lain tau rasanya makeup majils sendiri dengan makeupkan orang. Nebesnye lain sikit bila makep muke sendiri iyelah kite bergantung kat cermin semata kan.Tapi alhamdulilah yang untungnye makeup sendiri ni sebab kita dah biasa dengan shape muke jadi tau mana nak hide mane nak highlight kan, so kerja menjadi mudah disamping kite boleh makeup seperti yang kite impikan chewah.
Dicatat oleh siti soleha di 9:39 PTG 4 ulasan
Label: My Wedding
Ahad, 24 Mac 2013
Pre-wed Studio Photoshoot
Salam hujung minggu semua, yey akhirnya dapat jugak masa free untuk update blog sendiri . Bunyiknye busy mengalahkan PM kan, hehe actually memamg Siti agak buzy lately alhamdulilah hujung minggu je ada job makeup,perasaannye best betul bila wat kerja yang kite minat kan.
Sebenarnye dari awal Siti dan tunang tak rancang pun nak ada Pre-Wed Shoot ni, tapi bila ada photographer wat promo yang best. Kite pulak dah tahu cara dia kerja macam mana kan, so tak lepaskan peluang la terus PM booking :D. Lagi pun gambarnye nanti boleh la wat banting tk wedding ke,macam time tunang hari tu Siti letak kat candy buffet .
Ni kira first time la kami photoshoot same-same , sebelum ni selalunye Siti sorang je atau dengan kawan-kawan perempuan. Haha nebes jugak la bila ada cik tunang sekali , padahal ni dah second time wat studio photoshoot. Photoshoot hari tu akhir bulan satu kat Shah Alam. Harga memang sangat affordable , Muhaimin siap bagi CD dan ada beberapa gambar dia dah siap edit . Kalau layanan dengan Service memang terbaik la. Yang best amik KameraMin ni dia wat homework tau ikut permintaan pelanggan, jenis yang ramah so kami pun takde la segan sangat .
Siti yang nak photoshoot konsepnye ala-ala cerita Korea haha sekali sekala wat cute2 okey ape, nasib baik la dapat Bf yang jenis layan je.Ni antara gambar-gambarnye ..
Dicatat oleh siti soleha di 11:10 PG 0 ulasan
Label: My Wedding
Isnin, 18 Mac 2013
Engagement
Dicatat oleh siti soleha di 8:13 PTG 0 ulasan
Label: My Wedding
Khamis, 24 Januari 2013
Find the perfect engagement ring
Salam sayang semua, lama betul Siti tak update blog kan.. ish-ish kesian blog ni menyepi . Pejam celik rupenye dah dah 26 dah cik Siti tahun ni, Insyallah jika tiada aral melintang we planned to get married this year (wahh korang doakan ye). Jadi sedikit sebanyak lepas ni blog Siti akan banyak la update tentang the preparation (hope rajin la ye :P).Bukan ape bila-bila nanti kalau Siti ada masa terluang duk belek blog sendiri tergelak pun ada bila baca balik kisah lama.
Sebenarnya plan asal nak tunang je dulu tahun ni, tapi bila dah bincang-bincang balik dengan parents diorang suruh langsungkan terus tahun ni. Then bila bincang balik dengan bf dia okey je , so semua plan kiteorang atur balik .
Ni cerita last week sebenarnya , just want to share our experience membeli belah cincin ni. First time la kata kan.. memang teruja sikit tapi terus terang la knowledge tu memang tak bnyak la . Sebenarnya dah survey lama dah a few month ago , memang kalau kiteorang keluar akan survey sekali . Tapi kebanyak kan Siti tak berkenan sebab kebanykkan macam old fashion sikit.
From my experience la sebenarnya kalau nak beli emas ni kita kena survey banyak kedai . Walaupun jenama yang sama tapi harga dan design kat setiap branch lain-lain. Memang betul kadang-kadang harga boleh beza beratus-ratus jugak tau. Lagi satu kalau dapat beli kat kedai yang tengah buat promosi lagi bagus sebab first harga dapat less then dapat lagi banyak free gift.
Kalau nak dikira-kira hampir 20 kedai jugak la yang kiteorang dah survey , dari Meru, Klang , Shah Alam, Sabah . Macam bf Siti pulak dia prefer beli kat kedai-kedai yang familiar la mcm HABIB,POH KONG,TOMEI, WAH CHAN dll sebab selalu kedai-kedai besar ni jarang tipu. Kalau ikut Siti tak kisah je mana-mana pun boleh asalkan cincin tu cantik.
Sebenarnya dalam dilema jugak nak beli sama ada emas 916, 750, 321. Sebab selalunya 916 ni jenis lembut sikit jadi tak semua kedai jual cincin ni yang ikat batu.Tapi bila mintak pendapat mak Siti dia cakap baik beli yang banyak emasnya , lagi pun mak punye cincin dulu pun 916 ada batu dan tahan je dah 27 tahun :)So kami pun follow her advice, lagi pun memang jenis tu yang design nye Siti berkenan. Dan yang bestnye yang kite orang beli tu dapat less hampir 50% dan dapat banyak free gift .. hoye hoyee
1. Cantik and Cute.
2.Tak terlalu berat dan tak terlalu ringan.
3. Simple but elegance.
4. Bila pakai kita tak rasa pun yang kita tengah pakai cincin.
Alhamdulilah misi pencarian cincin tunang selesai. Really satisfy !
Terima kasih banyak-banyak to En Bf sebab sangat la sabar dan sporting dalam misi pencarian ini.
Dicatat oleh siti soleha di 3:23 PG 3 ulasan
Label: My Wedding