Khamis, 24 Januari 2013

Find the perfect engagement ring

Salam sayang semua, lama betul Siti tak update blog kan.. ish-ish kesian blog ni menyepi . Pejam celik rupenye dah dah 26 dah cik Siti tahun ni,  Insyallah jika tiada aral melintang we planned to get married this year (wahh korang doakan ye). Jadi sedikit sebanyak lepas ni blog Siti akan  banyak la update tentang the preparation (hope rajin la ye :P).Bukan ape bila-bila nanti kalau Siti ada masa terluang duk belek blog sendiri tergelak pun ada bila baca balik kisah lama. 

Sebenarnya plan asal nak tunang je dulu tahun ni, tapi bila dah bincang-bincang balik dengan parents diorang suruh langsungkan terus tahun ni. Then bila bincang balik dengan bf dia okey je , so semua plan kiteorang atur balik .

Ni cerita last week sebenarnya , just want to share our experience membeli belah cincin ni. First time la kata kan.. memang teruja sikit tapi terus terang la knowledge tu memang tak bnyak la . Sebenarnya dah survey lama dah a few month ago , memang kalau kiteorang keluar akan survey sekali  . Tapi kebanyak kan Siti tak berkenan sebab kebanykkan macam old fashion sikit.

From my experience la sebenarnya kalau nak beli emas ni kita kena survey banyak kedai . Walaupun jenama yang sama tapi harga dan design kat setiap branch lain-lain. Memang betul kadang-kadang harga boleh beza beratus-ratus jugak tau. Lagi satu kalau dapat beli kat kedai yang tengah buat promosi lagi bagus sebab first harga dapat less then dapat lagi banyak free gift.

Kalau nak dikira-kira hampir 20 kedai jugak la yang kiteorang dah survey , dari Meru, Klang , Shah Alam, Sabah . Macam bf Siti pulak dia prefer beli kat kedai-kedai yang familiar la mcm HABIB,POH KONG,TOMEI, WAH CHAN dll sebab selalu kedai-kedai besar ni jarang tipu. Kalau ikut Siti tak kisah je mana-mana pun boleh asalkan cincin tu cantik.

Sebenarnya dalam dilema jugak nak beli sama ada  emas 916, 750, 321. Sebab selalunya 916 ni jenis lembut sikit jadi tak semua kedai jual cincin ni yang ikat batu.Tapi bila mintak pendapat mak Siti dia cakap baik beli yang banyak emasnya , lagi pun mak punye cincin dulu pun 916 ada batu dan  tahan je dah 27 tahun :)So kami pun follow her advice, lagi pun memang jenis tu yang design nye Siti berkenan. Dan yang bestnye yang kite orang beli tu dapat less hampir 50% dan dapat banyak free gift  .. hoye hoyee

Gambar hiasan

Ciri-ciri cincin yang siti suke :) 
1. Cantik and Cute.
2.Tak terlalu berat dan tak terlalu ringan.
3. Simple but elegance.
4. Bila pakai kita tak rasa pun yang kita tengah pakai cincin.

Alhamdulilah misi pencarian cincin tunang selesai. Really satisfy !
Terima kasih banyak-banyak to En Bf sebab sangat la sabar dan sporting dalam misi pencarian ini.

3 ulasan:

kemei berkata...

Tahniah!..semoga hari2 yang mendatang akan levih bahagia dgn pnh kberkatan:)

siti soleha berkata...

Amin..Terima Kasih ^_^ awak pun same .

Elya Roza berkata...

emas elok beli 916 :)