Rabu, 25 Mei 2011

SHOPPING TAK HENGAT

Last week one of my besfren dari Johor turun Klang, jadi haruslah melayan kawan baik anda dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan .

Jumaat tu Siti dengan angah jeput fifie (kwan Siti) kat busStop Klang Central, lepas tu terus bawak pergi TESCO makan-makan. Lepas makan pergi karok jap ( aktiviti wajib ni, lama dah tak karok dengan beliau) then shopping-shopping kat TESCO .

Esoknye kiteorang termasuk mak dengan adik Siti pergi TAR, kebetulan myfren memang nak pergi sini pun(elok sangat la tu). Ayuhhh reramai..

Shopping ! Shopping! Shopping! wahh dah beli baju raya ko, advance gitu.Ape buleh buat tailor populer sesangat hantar baju dua bulan baru siap( aku perli , tailor tu sebenarnya ni ). Memang puas hati la pergi awal pagi, lewat petang baru balik!..

I love this pic!boleh pulak brader tu payung kiteorang dengan belon-belon cumel tu. Belon memang mendapat sambutan yang hangat oleh kanak-kanak yang ikut mak pergi shopping kat sini.

kite orang shopping dari hujung ke hujung siap patah balik lagi cari barang, cari sampai jumpe. Kat Tar memang murah-murah la barang compare kat tempat lain.

Lepas tu lepak kat foodcourt Sogo makan nasi campur ,padahal tadi kat pasar macam-macam makanan dah di cekik , Air pun dah 3 cawan beduk. Tapi memang best betul pasar punye makanan, macam-macam pilihan terbaik la! lain kali nak pergi hari sabtu la ,sebab sebelum ni selalu pergi hari ahad, tak de pasar :(

harusla ada gambar saya sekali ^_^

Lepas habis makan sambung shopping handbeg kat Jusco pulak . Setiap kali pegi mesti SALE kan, ke memang diorang ni SALES sepanjang tahun? .

Ni kat depan Sogo , ada pulak orang nyanyi-nyanyi, rasa macam kat Indonesia pulak (sebab kat sana ramai menyanyi cam ni). Tapi okey gak kot, lepas korang penat shopping sampai hampir tak rasa kaki (banyak sangat berjalan) dihiburkan dengan lagu-laguan .

Balik rumah malam tu semua tido awal sebab dah penat bershopping seharian ^_^

3 ulasan:

Marya Hana berkata...

wah, carik baju raye ke.. hehe..

icee-yah berkata...

kalau pergi jalan tar mesti balik letih giler kan..huhu

siti soleha berkata...

Marya Hana : uishh Rombongan borong baju raya ni hihi :)

Icce_yah: betul-betul, shopping sakan kat sini ^_^