Isnin, 1 Jun 2009

Chocolate Cake


















Rasanya Dah lama sangat siti tak masak kek, rasa teringgin pulak!!. Hari ni mood siti baik jom ikut siti kte bake kek chocolate. Singgah punye menyinggah Resipi Mat Gebu menjadi pilihan .Menu hari ni siti rujuk blog Mat Gebu yg top tu.

(p/s: resipi ni copy dari http://tiffinbiru.blogspot.com/ )

Bahan-Bahannya:-
2 biji telur gred A
1/2 cawan minyak jagung
200 ml susu sejat*
1 camca teh Nescafe*(*disatukan)
250 ml air panas
2 camca teh esen vanilla
1 cawan gula halus
1 3/4 cawan tepung gandum*
3/4 cawan serbuk koko*
1 1/2 camca teh sodium bicarbonate*
1 1/2 camca teh baking powder*
3/4 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)

Cara membuatnya:-
1.Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin kek bulat berdiameter 9 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
2.Pukul telur hingga berbuih. Masukkan gula dan terus memukul hingga kembang dan pekat. Tuang susu+ nescafe perlahan2 sambil terus memukul pada kelajaun sederhana hingga habis. Gaul rata. Masukkan tepung berselang seli dengan minyak masak hingga habis. Gaul rata.
3.Masukkan esen vanilla dan diakhiri dengan air panas mendidih. Putar kesemuanya hingga rata dan sebati. Tuang dalam bekas tadi dan bakar 40 - 45 minit. Bila masak, keluarkan kek dari tin dan biarkan betul2 sejuk atas jaringan.

0 ulasan: