Rabu, 3 Jun 2009

Dubai the most populous city of the United Arab Emirates (UAE).

Seperti yg telah dijanjikan siti akan kongsi pengalaman di negara orang, kte bermula dngan siri di Dubai...

kisah ni dua tahun lepas (sbb tu muke siti muda siket ... hahaha ye ke?)

Dalam perjalanan kami sekeluarga ke Madinah flight penerbangan transit ke dubai selama sehari. Kami diberi pilihan oleh airline sama ada untuk tinggah di Hotel atau Dubai tour bersama tourist guied.Rugi kalau dah sampai tp duk hotel je kan ? so we choose other option.



Keluar je dari airport kelihatan sebuah bangunan besar berbentuk kapal terbang , hahaha kagum-kagum .kat sini la pilot2, enginer2 dan pramugari2 diowg training). Bandar ni memang sesak dangan kenderaan tapi kat sini pemandu sume ikut undang2 dan perjalanan smooth je walau pun xde polis trafik ( haha rahsianya diowg bnyak pasang kamere tu )


For your all information cuaca kat sana time siti pg ni memang cukup panas, Bayangkan pukul 9 pg dah mcm pukul 1 ptg kat Malaysia (fuh terik!!) tapi cuaca kat sini kering, panas mcm mana pun kte x berpeluh-peluh mcm kat Malaysia.


Tapi yg palin best masa kat airport tu siti dang adik ada beli satu biskut sayur ni. Rasa dia umphh rangup,lemak,nipis pendek kata!! Sedap gile, sampai transit balik ke dubai kteorg cari blik biskut tu (hehe obsess terlampau). sampai Malaysia pun siti cari brand biskut sayur tu (huhu xpi xjumpe, maybe market x sampai Malaysia lagi )





Kami di bawa melihat hotel terkenal di Dunia ni Al-Burj (7 star) .Tapi sayangnya bleh amik gamba jauh2 je, sebab pihak hotel ketatkan security dan hanya bleh dilawati jika kte guna service diorg je. Lagi satu tempat menarik ialah kawasan istana yg dipenuhi burung merak yg bersepah-sepah di sepanjang pintu masuk ( raja diowg suke kat binatang ni) haha macam-macam.

Disini ramai org asing berbanding orang tempatan. Mungkin sebab dasar Negara diorang yg mengamalkan ekonomi terbuka . Siapa–siapa pun boleh datang berniaga di sini tapi hanya boleh sewa tanah je x bleh beli (bgus kan?? Brillian idea , kemerdekaan dan hak peribumi dijaga)



Jalan-punye jalan pewot pun dah lapar , meh pekena bariani versi Dubai!! Kedai kecil je tapi bleh muat ramai owg.Rombongan dari Malaysia sudah biasa dibawa mkn disini (adapt selere owg kte ).


Bezanya disini mereka menanam rumput-rumput dan disiram utk kesuburannya, Kiri kanan lebuh raya di dubai ditanam dengan kebanyakan pokok2 yg ada di Malaysia (rupenya diowg mmg import dr sini pun) serius bnyk pokok bunge kertas kat sini warna-warni lagi .




Sempat gak singgah kat Dubai Marine ni ,pelabuhan kat Bandar. Yang menariknya barang2 yg turun dari kapal dibiar je kat tepi-tepi pelabuhan ni ( uish2…kalau kat Malaysia ni esok pg lesap la jawapnya).


Kami dibawa naik bot dan bershopping kat kedai ni.. ape lagi borong chocolate dan manisan la…( chocolate kat sini lg sedap dr kat mekkah )

Malam kami bersiap2 utk perjalanan ke Madinah al- Munawarah, haha jangan terkojut lak siti pakai tudung labuh tu

2 ulasan:

Hanc berkata...

dubai ku!!!!

Siti berkata...

Siti-Hanc : dubai mu? :P