Ahad, 17 April 2011
Pasar Pagi Shah Alam
Minggu ni tak ramai orang, selalu melimpah ruah manusia :), tapi cuaca hari ni HOT betul la, rasa cecah 34'C. Terbakar kulit panas menyengat !
Masuk-masuk je jumpe jual Crocs tiruan.. Jumpe lak yang cantik dan berkenan terus sambar satu. Korang bayang , awal-awal dulu Siti beli Crocs yang cikai gak tapi harge RM49/sepasang, sekarang Rm5 pun ada tp kualiti lain siket la.
Owh pantang jumpe kalau orang jual-jual accessories ni, mesti nak singgah . Beli cincin RM10 dua ketul.
My Mom bersama orang jual pistol bubble, cam nak beli tp harge RM15 .Tak jadi terus jalan
Akhirnya jumpe teko idaman Cikgu Sabariah :) dia pun rembat satu .
Sesudah penat berjalan &berpanas.. Pergi gerai untuk mencekik. Makan roti jala,burung Goreng Rempah,dengan Tapai Goreng nah hamik ko ! besar tul kantung perut.
Ni dia Tapai Goreng rupa cam pisang goreng kan?. Sedap U'Olls beli 3 hengget pun cam tak puas , nak lagi ! Muahahah.
Masa nak balik terjumpa orang jual marshmallow , orang melayu jual ada Halal lagi. Terus beli !!hihi bukan ape susah la nak beli benda alah ni yang ada tanda Halal, kan orang duk sibuk kata tak halal kan, kalau kat pasaraya besar-besar tu pun tak de tanda Halal.
Dicatat oleh Siti di 1:26 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan