Jumaat, 1 April 2011

Steamboat Johnny's@ home

Dengan Kos lebih kurang RM40 , anda boleh buat steamboat untuk 6-8 orang makan .. sungguh mudah,senang dan yang penting SEDAP oo..

selera u..

Sos paling bes

Mee hijau tu beli kat tesco, Sedap !

Setelah pelbagai recepi Sos dicuba, try & error dan modified macam-macam akhirnya .. SOS kegemaran En. Nazim Kazim telah berjaya dibuat.

Resepi Sos Steamboat ala-ala Johnny Konon :P

Sos (5 Oarang Makan)
20 biji cili kering- belender
5 biji bawabg putih
2 sb kicap manis
6 sb sos ikan
3/4 cuka
1 1/2 sb serbuk gajus
1/2 sb serbuk bijan sangan
4 sb minyak bijan
1/2 cawan air
3 sb gula
1/2 sb garam
bijan
daun ketumbar

Cara-caranya:
1. Masak Cili kering + bawang
2. Masuk kan bahan yang lain, dan panaskan sehingga pekat.
3. Hidangkan bersama bijan dan daun ketumbar (lagi banyak lagi sedap).

Untuk Sup pulak, just rebus tulang ayam selama sejam + kiub ayam :)

0 ulasan: