Ahad, 31 Julai 2011

KIMCHI

Anyong-haseyo, je ireum eun Siti Soleha imnida..
Hari ni mari kita buat kimci, Since Esok dah start puasa :)


Bahan-bahannya Rempah : bawang besar, bawang putih, halia, udang kering, sebiji buah pear kisarserbuk lada, garam dan gula.(blend je semua ni :P)

Bahan-bahan sayur : kobis,carrot,leak,daun bawang, saleri dan lobak putih.

Cara-caranya:
1.Cuci bersih semua sayuran, kobis akan dicuci dan dilumur garam sehelai-demi sehelai dan di biarkan selama 1 setengah jam. Sayur lain dipotong kecil-kecil.

2. Selepas satu setengah jam basuh kobis tersebut , dah bahan-bahan semua dah ready untuk dilumur dengan bahan-bahan rempah .



Sila gaul sekata ya tuan puan, semua bahan disediakan oleh emak saya, saya tukang gaul sahaja ehem-ehem. Selepas gaulkan kita simpan dalam bekas bertutup dalam 4/5 hari lagi dah boleh makan dan simpan dalam peti sejuk (supaya rasa dia tak masam sangat )


Ni contoh bila dah jadi ye puan-puan : balance Kimchi bulan lepas, dah tinggal seciput je, tu yang kiteorang buat baru :P

Rasa kimci ni macam jeruk sayuran, masam-masam pedas sikit :P

Selasa, 26 Julai 2011

Etude house

Seminggu sebelum puasa En. Nazim, amik cuti untuk teman saya pergi shopping kat OU. Thank you tau EN. Nazim :), susah-susah je :P

Hari ni Siti pakai heel 4 1/2 inci , haha sebab EN Nazim ni tinggi saya pulak rendah kunun nak tinggi la jugak, sejam pertama okey lagi, lepas tu amik ko jalan pun dah macam ayam je.

Hajat saya tercapai nak makan bagels ni , kiteorang makan kat AUNTIE ANNes . Asik duk tengok AFC channel wat benda ni teringin la pulak, Muka En. Nazim pelik tengok bendalah tu haha, rasa dia cam gabungan doughnut dan roti ada rasa madu dengan butter , sedap gak tau.

Okey saye sangat hepi , dapat beli produk yang dah lama saya usha kat internet : ETUDE HOUSE( Korea Brand)

Hari ni singgah makan kat A&W, sedap betul cawangan ni masak kalau compare kat seksyen 7 nye cawangan :P, cuma service sangat lambat sebab diorang shortage perkerja.

Ni la antara barang-barang yang berjaya di beli tadi.. dengan kiss tint( untuk bibir) tertinggal pulak. Golden ratio tu untuk buat muka kite glowing n bercahaya , since Siti memang exited untuk dapatkan kulit yang glow so Siti pun beli la :P

Yang Siti Boleh recommed korang ialah dia punya cleansing form yang yogurt peel tu, SANGAT TERBAIK tu, bila pakai ni muka jadi sangat bersaih, jerawat susah nak naik,lepas pakai je muka lembut sangat dan yang paling Siti suke dia buat muka sedikit Glowing dan shining (kesan lebih kurang mcm kalau kite makan inner shine ).Sangat sesuai untuk kulit saya, I LIKEE!!

Siti guna : Golden Ratio, BB cream dan blusher Etude House

Ni hasil menggunakan produk Etude House, muka memang shining dan glow gitu ( bleh feeling-feeling artis korea sekejap). Tapi kan maybe BB cream memang tak sesuai dengan my skin la, dulu pernah gak beli brand lain, lepas pakai tumbuh jerawat halus, produk Etude ni okey la, cuma after few hour warna bedak tu akan bland ikut warna kulit asal (Tak suke la,sebab waran kulit kte tak sekata, siti prefer ikut warna asal bedak tu) dan kulit jadi cam berminyak la ish..ish. so Siti akan pakai bb cream bila nak keluar dekat-dekat dan tak lama je.

Walaubagaimanapun, siti okey dengan bb cream ni , since bila pakai dia macam improve my skin, since i have dry skin. Lepas pakai ni kulit jadi moist sikit :) so saya pakai bb cream kat rumah je untuk rawat kulit muka( pernah gak terbaca bb cream ni perawat wajah) . Tapi kalau nak keluar lebih 2 jam , tak boleh pakai nanti jadi orang minyak kang..

Adakah saya akan beli lagi product Etude House ? .. ya untuk pencuci muka dan tidak untuk BB Cream

Jumaat, 22 Julai 2011

Lepak with Mami n sis

Minggu ni ayah Siti pergi bercuti kat pulau (mentang-mentang dah pencen jenjalan sesaje).So ape lagi mari kita ajak emak yang so sweet pergi berjimba-ramba :P Owh Elianto tengah SALE tau..

kiteorang tengok cerita Harry Potter yang last tu, Best tau, tapi seperti biasa la saya perlukan 2-3 round tengok cerita ni baru Siti boleh faham sepenuhnya ki3

My mom yang awet muda walapun dah berusia lebih 50 tahun ! hehe baru beli speck baru ye tuan-puan sebab tu makan piza pun tak bukak speck :P

Hari ini anak-anak belanja mak makan yeh.. anak-anak contoh ini , sila muntah haha

Cincin Cumel koleksi terbaru ku.. En rabit cumel .

Rabu, 20 Julai 2011

Shopping lagi :)

Hari ni Siti , angah dengan my mon pergi membeli-belah barang keperluan rumah di TESCO, dan balik singgah rumah tailor jahit baju raya dengan harapan dia dah siap jahit baju ( huhu tailor ni lambat betul la, nasib bek la dia jahit cantik) tapi kena sabar banyak-banyak 2-3 kali pergi pun tak siap lagi huhu.

Pergi bershopping With my mom Cikgu Sabariah , adakah Salah baju jalur-jalur menjadikan saya nampak gemuk? (memeng gemuk pun, ada je alasan hihi)

wokeh ni satu kedai wajib singgah MR DIY, mesti ada je benda nak beli, banyak barang-barang cantik dan cumel ada jual kat sini , Seminggu at least mesti singgah sekali (addicted dah weh)

Wah tamak sungguh, saya beli semua yang cumel ni masa pergi Klang Parade hari tu. Haha Cik Siti cuti minggu tu, pergi Klang cari VCD game untuk mengisi masa lapang ye tuan-tuan :P

Selasa, 19 Julai 2011

Tengok cerita Pingu

Salam semua, lama betul tak update .. Alhamdulilah ada juga masa untuk Siti update blog . So hari ni Siti akan cite sume-sume la yang berlaku sebelum puasa bulan july ( time ni belum puasa lagi tau, jgn salah faham lak :P)

Masa ni En. Nazim Shif malam , selalunya dia akan teman Siti pergi pos barang customer lepas tu kiteorang akan lepak mana-mana , sebab selalunya sabtu/ahad memang kiteorang keje.

Nyum-nyum.. first time makan kat Subway, rasanya not bad (sedap :), yang best tu boleh pilih lagi inti dalam tu .. dan yang paling Siti suke cookies tu wahh amik yang double choch tau .SEDAP WEYY... Untuk satu set harga range RM16-17, bagi Siti lagi berbaloi makan kat VIVO, tapi sekali-sekala try benda-benda baru best pulak kan.

Hari ni kami tengok cerita MR.POPPERs PENGUINs, cite ni best tau.. cumel dan kelakar , nak bela penguin kat rumah saya gak boleh kah?

Balik tu singgah MPH, jeng..jeng..jeng EN.Boyfrend hadiakan kite 4 buku recipe , (sebenarnya kte yang bodek dia suruh belikan :P) Hepi ye tuan puan.

Time ni Siti pakai contect lence colour biru, tak sampai sebulan beli maybe sebab salah storage , ada kulat tumbuh.. terkejut sangat wehh tak pernah-pernah jadi cam ni, terus je buang :P yela sebab selalu siti beli kat kedai , ni first time beli online yang length boleh pakai sampai setahun, kunun je tau,

Selasa, 12 Julai 2011

My fav Bubur :)

Kalau bershopping di Alam Central pasti singgah Di Ani Sup Utara, banyak-banyak cawangan , Siti rasa kat sini yang terbaik sebab rasa dia consistent . Kat tempat Siti ada 3 cawangan tapi semua dah tutup sebab tak boleh survive ( rasa pun tak sedap sangat).. dulu masa kerja Bank setiap minggu mesti makan dekat sini dengan bestfren Whyda :)

My mom and angah teman Siti Pos barang, then kiteorang singgah bershopping . Siti beli Kasut raya (haha semangat betul)
My feberet ever!! pasti oder bubur kat Sini plus Sup, tak kisah la sup ayam/daging/kosong semua masuk .. yum yum terliur pulak. Mak dgn adik Siti makan nasi .Owh kalau makan bubur Siti prefer air suam je, sebab bubur pun dah banyak kuah kalau oder Air manis-manis Siti akan teguk sikit je, aishh membazir sebab tu suka minum air suam je. Ayah Siti pun suke makan kat sini tau :).


Suke tengok gambar ni.. Mak saya buat muke kiut ^_^


Selasa, 5 Julai 2011

Day OFF

Hari ni pergi jenjalan dan dating-dating , bagi la chan rehat sikit kan ..asik keje je ^_^, ada ke kiteorang oder pizza extra meet dia bagi extra cheese, dah la dua-dua pun bukan penggemar chees sudahnye bungkus tak abes sebab malas nak complain . Kiteorang pun tengah terkejar-kejar nak tengok movie .

Owh lama tak pergi datting :P , tadi tengok cerita SEKALI LAGI , nak tengok Lisa dengan Mia cute tu berlakon hihi. Cerita boleh tahan sedih, touching-touching gitu. cuma tang endding cam mudah sangat :) tapi okey la , Siti jarang tengok wayang cerita Melayu sebenarnya .

Currently tengah mabuk pakai gel linner (sebab sebelum ni selalu pakai pencil dengan liquid eyeliner je)..

Mula-mula Siti beli LOREAL nye harga dalam range RM54 kut, exited bebenor yelah first time gitu. Balik rumah bila tengok balik rupenya salah beli warna, terbeli warna dark brown .. huhu sedih betul.. rasa mata den kalau pakai warna chokelat tu cam tak pakai ape-ape je.. tapi okey gak la , Siti guna eyeliner ni untuk bawah mata so mata nampak cantik dan tak galak sangat :P. So far warna nye cantik mcm ada shining halus-halus, cepat kering dan tahan lama.

Lepas tu pergi DIY beli gel liner Hitam , tak puas hati nye pasal sebab salah beli hari tu . Brand China harga pun murah tak sampai RM10 pun , tapi memang best . Warna cantik,berus best dan tahan lama ,pakai sampai malam pun still cantik lagi :) disadvantage lambat kering masa apply so bila mata berkelip-kelip chomot la siket.But Overall Not Bad!

Semalam try beli Maybelline harga RM31.90, Berus lebih kurang macam loreal punye , Warna hitam dia pekat (i like), cepat kering, Semua Best! cuma lepas 5 jam pakai dia cm kembang sikit tp still okey :)

Gel liner memudahkan kita bentuk line kat mata, pemakaian lebih tahan lama. Kalau pakai pencil eyeliner warna biasanya warna akan jatuh atau kembang lagi-lagi kalau berpeluh or menangis huhu terus macam mate hantu. Kalau guna liquid pulak, not bad senang nak bawak sana-sini nak pakai pun senang just dari segi lasting lebih tahan guna gel,lagipun liquied liner selalunya bila lama-lama dia kering tercabut-cabut . :)

Tada.. mate menjadi besar dan segar dengan eyeliner ehcheche....


Tadi Sempat gak borong skincare kat SASA , punye la pandai Salesgirl tu promote product ,sampai shaye pun terbeli macam-macam ish-ish nafsu-nafsu :P