Ahad, 31 Julai 2011

KIMCHI

Anyong-haseyo, je ireum eun Siti Soleha imnida..
Hari ni mari kita buat kimci, Since Esok dah start puasa :)


Bahan-bahannya Rempah : bawang besar, bawang putih, halia, udang kering, sebiji buah pear kisarserbuk lada, garam dan gula.(blend je semua ni :P)

Bahan-bahan sayur : kobis,carrot,leak,daun bawang, saleri dan lobak putih.

Cara-caranya:
1.Cuci bersih semua sayuran, kobis akan dicuci dan dilumur garam sehelai-demi sehelai dan di biarkan selama 1 setengah jam. Sayur lain dipotong kecil-kecil.

2. Selepas satu setengah jam basuh kobis tersebut , dah bahan-bahan semua dah ready untuk dilumur dengan bahan-bahan rempah .



Sila gaul sekata ya tuan puan, semua bahan disediakan oleh emak saya, saya tukang gaul sahaja ehem-ehem. Selepas gaulkan kita simpan dalam bekas bertutup dalam 4/5 hari lagi dah boleh makan dan simpan dalam peti sejuk (supaya rasa dia tak masam sangat )


Ni contoh bila dah jadi ye puan-puan : balance Kimchi bulan lepas, dah tinggal seciput je, tu yang kiteorang buat baru :P

Rasa kimci ni macam jeruk sayuran, masam-masam pedas sikit :P

0 ulasan: