Isnin, 7 November 2011

Raya Haji Di Pahang

Raya Haji tahun ni Family Siti tak balik kampung kat Johor sebab bulan 12 nanti cuti sekolah nak turun Jb . Kami sekeluarga bercuti ke Pahang, saje jenjalan tukar angin dan mau makan ikan Patin sedap.

My Bro yang kat johor pun balik ikut sekali , so cukup la ahli keluarga semua ada Emak, Ebak,Kaklong,Kakngan dan Aiman :) jarang dapat kumpul lengkap semua ni..

Kami stay kat homestay je, kat sini banyak rumah buat homestay. Cantik dan Berbaloi Semalam cuma Rm160, rumah 3 bilik ada Astro dengan Wifi , Speed laju pulak tu anak-anak semua mengadap laptop je la :P

Ni bilik yang Saya Stay, Serius rumah ni sangat-sangat selesa untuk sekeluarga.Kalau 2-3 Family stay untuk overnight pun selesa sebab rumah besar.

Di pagi hari raye , kami Tapau makanan siap-siap dari rumah, sampai-sampai je terus makan nasi lemak special Cikgu Sabariah :)


Hari tu jugak tuan rumah ada wat majlis Korban, dia ajak raye kat umah.. Rusuk BBQ tu Uollls..

0 ulasan: