Last week Siti and family bercuti ke pahang area BESERAH,menghabiskan package TENCO Cikgu Salleh selam 2 tahun, dapat la menginap 3 malam 2 bilik kat sini. Percutian biasa-biasa je , kalau nak betul-betul enjoy lebih best pergi ikut package sebab jadual dah padat dengan aktiviti :)
4 hari 3 malam , Kami menginap di Duta village beach resort. Dulu tempat ni best sebab baru lagi, sekarang cam dah kureng siket la. so so je la kut.. tapi tengok promosi kat luar dari RM85++ je semalam , patut la ramai orang.
Ni bergambar kat kolam depan tempat kami sewa tu , view cantik pokok teratai beso-beso tengah berbunge, facility tak banyak sangat kat sini , mak pulak tanda kertas anak murid , cikgu salleh mesti pergi berenang .. Saya?? duduk bilik layan ASTRO je sambil mencekik jajan huhuh
Makanan boleh tahan kat sini 3 kali sarapan semua sedap-sedap belaka. Nasi kerabu, Nasi dagang ,nasi Ayam. Harga bole tahan gak nasi ayam Rm4.30 tapi sikit la portion nye. Family siti sempat gak singgah pasar tani dengan Pasar kat Balok, kuih manis-manis sedap, First time makan apam balik pisang(rasa dia macam kombinasi lempeng dan pencake pisang). Bubur kat sini sedap sebab ada ulam-ulam dalam tu . i Like :)
Sempat gak bergambar kat pantai, tapi cuaca betul-betul hot la time ni, orang sume picnik dengan mandi-manda bila dah petang-petang siket
Kat kawasan pantai BESERAH dan PANTAI BALOK ni ada jugak jual kopok leko tapi xberapa la sebab keras banyak tepung, tapi SATA dia sedap .
Hari ke-2 kiteorang pergi rumah sedara kat kuantan . Balik tu singgah kemaman semata-mata nak beli keropok leko .. uisshh memang umphh lembut rasa ikan ,perkena pulak dengan jelly kelapa. Memang Sodap!
owh ni yang paling best, dapat mandi swimming pool , laut tak sentuh pun hihi. Ayah Siti siap ajar budak-budak berenang kat sini. Siti dengan adik pergi laut pun just untuk amik gambar je sebab siang hari air pasang , cuca pulak terik (kteorg lepak kat bilik je :P) bila malam/petang pulak air surut.
Last day bertolak balik awal pagi sebab ayah Siti nak pergi TEMERLOH nak cari ikan Patin :), Singgah kedai Pak Usop (yang popular masuk tV tu). Memang ramai orang kat kedai ni, masakan pun Tip Top walaupun Menu Simple je.
Sebelum sampai rumah , singgah makan eskem dengan shake kat MCD, pp pun dah tembam bila bercuti ni "_
Jumaat, 10 Jun 2011
Cuti bersama Family
Dicatat oleh Siti di 3:25 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan