Sabtu, 11 Jun 2011

Makan sedap-sedap memang Best

Entry ni tentang makanan ^_^,
Sebab tu yang saya paling enjoy time cuti ari tu ngeh..ngeh..ngeh

Ni sarapan Nasi kerabu dengan ayam bakar kat kedai tepi jalan .. Terbaik !! ada jugak Nasi dagang yang sedap gile kat kedai Cik Esah Cik Daud ( cheh siap hafal nama kedai ko).. 2 hari sarapan kat situ , siap tapau bawak balik selangor ^^_. Harga RM4 je


Berhenti rehat kat R&R , untuk refreshing . Mengoder Nasi lemak yang sedap disitu sambil makan dengan ikan merah yang mak tapau dari rumah .

Sarapan pagi kat kedai-kedai tepi jalan je , tapi semuanya memang sedap-sedap belaka Nasi kerabu, Nasi dagang, roti canai semua sedap :)

Semestinya bekalan jajan yang mencukupi untuk dimakan diwaktu lapang hahaha.. aku tak de keje mencekik MR Potato je..

Balik pasti lah menyinggah kedai keropok-keropok ikan untuk bawak souvenir untuk jiran-jiran dan En. boyfriend dan tidak lupe untuk dicekik dirumah nanti :)

Sata atau Satar sedap tuu, ni makan kat sebelah kedai kopok leko Pak Hasan , sedap Satar dia ada lada cili pedas berasap yumm.yumm. Harga satu cucuk yang besar tu RM5

Pergi pasar Balok cari nasi kerabu, kat sini ramai peniaga jual keropok leko macam-macam saiz dan bentuk: bolat,panjang,lonjong,petak pun ada :P

Ini yang paling terbaik, Singgah Termerloh makan ikan Patin oo, ni ikan bela je so tak de la sepotong sampai RM30++, kat kedai Pak Usop ni rege sepotong baru RM8. Memang terbaik la..

Suke Bercuti sebab dapat cube makanan yang sedap-sedap yang tak pernah cube

3 ulasan:

aZilsah berkata...

gambar 1st tu siti kan? hehe. http://www.groupsmore.com/cities/multiple-cities/deals/kameramin-photography

AjuShi WhyDa berkata...

Tringat nasi kerabu sek 19..waa..tringnnye!!!!

siti soleha berkata...

Azilsah : hehe yela tu kut :P

Ajushi_whyda: Tau xpe why, rindu nak jalan-jalan,keje sama2, makan-makan sedap-sedap dgn karok dgn kamu lagi la ^_^