Isnin, 9 Mac 2009

Cinta Dalam Hati


Cinta adalah anugarah, rasa cinta adalah fitrah yang lahir dalam diri setiap insan. Kita tidak akan pernah tahu bila kita akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tangan dan hati yg terbuka, jangan biarkannya pergi .(melalui pengalaman sendiri ki3)

Jangan sesekali mengkhianati perasaan sendiri kerana akibatnya sengsara diri. Bagi saya salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri kita, tetapi dia masih sangup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya, masih sanggup bersama dan lebih menyayangi kita. (saya kira sekarang saya telah menemukannya -insyAllah)

Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain. JAdi bukalah pintu hati kita, benarkan orang yang kita sayangi masuk,jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati(instinct).
Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari. Apabila kita bercinta Ia bukan untuk kita difahami, tetapi untuk memahami. Ia adalah untuk kita mendengar,bukan supaya kita didengar. Ia adalah untuk kita berkorban dan bertolak ansur,bukan meminta-minta. Ia bukan untuk kita berkira2 atau mengukur,tetapi untuk kita mencintai.....
indahnya Cinta

0 ulasan: